Harian Metro

Sambut baik kehadiran BBNU

- DARI MUKA R25

Hazama, rakan seangkatan kongsi pengetahua­n dan idea dengan mereka

“Saya tidak tahu jika ia berlaku di luar pengetahua­n saya. Namun, dalam kalangan rakan artis yang baik dengan saya seperti Black, Akim & The Majistret atau Tomok tidak pernah pula bercerita mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut Hazama yang kini popular dengan lagu Aku Yang Sebenar, dia dan rakan seangkatan menyambut baik kehadiran BBNU ini.

“Antara kami turut berbincang membabitka­n karya dihasilkan mereka dan bagaimana penyanyi dan komposer muda ini boleh memenangi hati peminat.

“Secara tidak langsung kami turut belajar daripada mereka. Bukan itu saja, ada antara penyanyi muda dan sedang mencipta nama ini baik dengan saya. Apabila bertemu mereka menegur saya dan begitulah sebaliknya.

“Mereka juga duduk berbincang dan bertanya kepada saya mengenai muzik. Saya berkongsi pengetahua­n dan idea yang ada.

“Saya tidak punya masalah langsung dengan mereka. Jika mereka bagus, ia akan membantu industri muzik menjadi bertambah baik,” katanya.

Hazama berkata, kehadiran penyanyi muda ini perlu dilihat dari sudut positif dan muzik itu sendiri adalah satu evolusi.

“Situasinya juga sama dengan saya ketika mula-mula muncul sebagai penyanyi sebaik keluar dari Akademi Fantasia musim kesembilan,” katanya.

Sebelum mereka ada penyanyi yang terlebih dulu popular seperti Zamani, Ezad Exist dan beberapa lagi nama besar.

“Mereka juga menerima baik kehadiran kami. Soal mahu merampas rezeki, langsung tidak timbul. Bukankah rezeki masing-masing sudah tertulis?,” katanya. -Rudy Imran Shamsudin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia