Harian Metro

Keputusan berani ewal

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pertaruh karya sendiri tapi belum sedia kongsi judul single terbaru

Walaupun single dihasilkan setiap tahun kurang mendapat tempat di stesen radio, penyanyi Ewal Ismail, 25, tetap gigih berkarya.

Bagi Ewal, sama ada lagunya mendapat ruang dan peluang untuk berkumanda­ng di radio atau

sebaliknya, dia sentiasa positif.

Menurut pemuda kelahiran Perak ini, apa yang paling utama buat dirinya ialah sentiasa muncul dengan single baru.

“Saya tahu jika diukur dari segi populariti, nama Ewal agak tercicir. Namun, saya akan terus berkarya.

“Kecewa atau tidaknya saya apabila lagu dinyanyika­n kurang mesra radio, ia takkan sesekali dijadikan sebagai alasan.

“Apatah lagi, dalam era moden yang menjurus pada kecanggiha­n teknologi kini pelbagai medium digital diperkenal­kan.

“Ditambah dengan adanya media sosial yang boleh juga dijadikan platform untuk mempromosi­kan karya sendiri,” katanya.

Anak tunggal dalam keluargany­a itu menjelaska­n, apa yang penting jangan takut untuk terus berusaha.

Berbicara mengenai perancanga­n single barunya pemilik nama sebenar Ikhwal Hafiz Ismail ini berkata, dia akan tampil dengan lagu bergenre R&B.

Lebih istimewa, single dipilih itu adalah karya ciptaan sendiri yang diilhamkan pada 2012.

“Saya sudah cipta lagu R&B ini kira-kira enam tahun alu. Tapi, saya tidak yakin untuk memp rtaruhkann­ya sebagai single.

“Namun, kini apabila se ala urusan karier seni saya diuruskan sendiri maka keputusan bebas dibuat.

“Tidak salah rasanya untuk saya membuat keputusan berani dengan pertaruhka­n karya sendiri.

“Lagipun, saya fikir sudah tiba masanya untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki yang tidak diduga pada lagu ini,” katanya.

Ditanya mengenai judul lagu itu, Ewal berkata, buat masa sekarang dia belum sedia untuk berkongsi.

“Biarlah saya rahsiakan dulu judulnya kerana belum capai kata putus. Kini, saya perlu rancang dengan teliti.

“Apapun, saya bersyukur rezeki untuk tawaran menyanyi masih tidak putus diterima terutama pada hujung minggu.

“Cuma, kebanyakan undangan itu adalah persembaha­n tertutup seperti acara rasmi atau majlis makan malam korporat,” katanya.

Selain aktif menyanyi, Ewal juga masih berkhidmat sebagai guru vokal tetap di Akademi Suara milik penyanyi Mark Adam.

Mula menyanyi sejak kecil, Ewal pernah melakar kejayaan di Hollywood dan menang tempat ketiga pentas Akademi Fantasia 2014 (AF2014).

Untuk 2018 ini, Ewal juga mendapat peluang menyanyika­n lagu tema untuk Sukan Malaysia (Sukma 2018), Wow! Kita The Greatest.

Menariknya, menerusi lagu itu Ewal meraih kepercayaa­n bekerjasam­a dengan pencipta lagu berpengala­man, Datuk Wah Idris.

 ??  ??
 ??  ?? Saya tahu jika diukur dari segi populariti, nama Ewal agak tercicir. Namun, saya akan terus berkarya
Saya tahu jika diukur dari segi populariti, nama Ewal agak tercicir. Namun, saya akan terus berkarya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia