Harian Metro

Nadia utama kesihatan

- Syafil Syazwan Jefri

Gaya hidup sihat adalah cara terbaik bagi memastikan tubuh sentiasa bertenaga untuk bekerja. Katakata itulah yang sentiasa dipegang penyampai Era FM yang juga penyanyi Nadia Hasnan.

Baginya, penjagaan kesihatan antara cara terbaik untuknya menghargai anugerah

Tuhan di samping memastikan kudratnya kuat untuk melakukan kerja harian.

“Banyak kebaikan sekiranya kita jaga kesihatan. Dari segi stamina, kita akan lebih bertenaga.

“Semakin meningkat usia, saya sedar betapa pentingnya penjagaan kesihatan,” katanya.

Nadia juga kerap berkongsi rutin harian membabitka­n gaya hidup sihat di Instagram miliknya.

“Ini antara cara saya mengajak orang ramai sama-sama menikmati gaya hidup sihat.

“Macam-macam aktiviti kita boleh buat agar sentiasa aktif dan cergas,” katanya.

Kata Nadia, 28, apa yang diamalkan itu juga sebahagian daripada persiapan menjalani penggambar­an program travelog 3 Ke 5 Je.

“Meski nampak muda hakikatnya, program ini sangat mencabar.

“Jadi, bagi memastikan saya mampu bergerak ke beberapa lokasi sepanjang penggambar­an, kenalah sentiasa cergas,” katanya.

Menurut Nadia, banyak perkara baru dipelajari­nya sepanjang mengacarak­an program itu.

“Sudah masuk dua musim. Penggambar­an bermula minggu lalu dan apa yang boleh saya katakan, banyak ilmu yang saya dapat. Saya juga dapat mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia dengan lebih mendalam,” katanya.

Sedar tak sedar, tahun ini sudah 10 tahun Nadia berada dalam industri. Mengakui masih dalam proses belajar,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia