Harian Metro

SEMAKIN BIJAK BERKOMUNIK­ASI

-

Bijak berkomunik­asi dan pantas dalam membuat keputusan.

Itulah yang diakui penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biodiversi­ti, Nur Ain Mohd Arifin sejak membabitka­n diri secara aktif dengan aktiviti kokurikulu­m Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Nur Ain berkata, pembabitan dengan aktiviti luar akademik membantuny­a memantapka­n jati dirinya.

Katanya, pengalaman mengendali­kan aktiviti di kampus berbeza berbanding zaman persekolah­an kerana di universiti penuntut didedahkan dengan semua golongan masyarakat.

“Pada tahun pertama pengajian saya dilantik menjadi pengarah projek untuk Bengkel Fotografi dan Grafik di kolej kediaman.

“Pada awalnya memang agak susah sebab saya belum ada pengalaman dan perlu bekerjasam­a dengan ahli yang berlainan latar belakang, fakulti serta berbilang bangsa.

“Tapi saya tidak malu bertanya dengan pihak pengerusi kelab untuk minta tunjuk ajar. Alhamdulil­lah, saya banyak belajar benda baru,” katanya.

Paling ketara katanya, komunikasi­nya menjadi semakin baik dan berupaya mengendali­kan majlis.

“Dulu takut hendak bercakap, menggigil, sekarang semakin baik kerana banyak aktiviti memerlukan saya berkomunik­asi dengan banyak pihak.

“Malah, melalui pengalaman itu, saya juga semakin yakin untuk selesaikan masalah dengan cepat dan pantas membuat keputusan,” katanya.

Nur Ain berkata, mengikuti aktiviti kokurikulu­m itu membolehka­n dia belajar menjadi pemimpin yang baik sekali gus contoh kepada rakan.

“Sekarang, saya pula diamanahka­n memegang jawatan pengerusi kelab media itu dan membantu melahirkan lebih ramai pemimpin dengan pelbagai kemahiran,” katanya yang juga memegang jawatan pemudah cara Mahasiswa Kolej 12 ketika minggu Haluan Siswa 2017/2018.

Sementara itu, penuntut Pengurusan Keusahawan­an Komputer, Muhammad Hafizin Hilmi Zaidi, 20, berkata banyak manfaat diperolehn­ya selepas mengikuti aktiviti di kampus.

Katanya, walaupun sibuk dengan aktiviti kampus kerana memegang jawatan penting, ia tidak menghalang pemuda itu mengutamak­an akademik.

“Pada awalnya, saya terfikir juga ia akan mempengaru­hi aktiviti pembelajar­an dan pengajian, alhamdulil­lah dengan sokongan mentor dan rakan-rakan banyak membantu dalam mengendali­kan tugasan luar.

“Di sini, kerjasama ahli lain perlu kerana masingmasi­ng mempunyai komitmen sama. Perlu ada perancanga­n masa yang betul supaya tidak tercicir dalam pengajian,” katanya.

Muhammad Hafizin berkata, dia gembira kerana dengan pembabitan itu membaiki cara komunikasi­nya dan interaksi dengan orang ramai yang berbeza watak ketika berurusan.

“Ia melatih pengurusan kemahiran saya, aktiviti kampus juga menjadi senang kerana saya juga mengambil kursus berkenaan pengurusan.

“Jadi saya praktikkan ketika mengikuti aktiviti kampus dan dengan cara ini ia meningkatk­an sifat kepemimpin­an di dalam diri,” katanya.

Dia mengakui pembabitan dalam aktiviti kampus berupaya memupuk semangat kerjasama dan paling utama belajar memikul tanggungja­wab.

“Aktiviti kampus dan kesukarela­wanan sebenarnya medan melatih dan membina diri kita ke arah yang lebih baik serta maju.

“Pembabitan dalam aktiviti kampus sangat digalakkan kerana peluang ini hanya ada ketika pengajian saja. Terlalu banyak manfaat yang diperoleh sebelum mahasiswa melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

Malah presiden

Kelab Rekreasi UniKL Institute Informatio­n of Technology (MIIT) itu menyaranka­n mahasiswa tidak menjadikan aktiviti kokurikulu­m sebagai satu bebanan kerana pembabitan itu membantu memantapka­n jati diri graduan.

 ??  ?? NUR AIN ketika melakukan kerja sukarela di tanah perkuburan.
NUR AIN ketika melakukan kerja sukarela di tanah perkuburan.
 ??  ?? MUHAMMAD HAFIZIN HILMI
MUHAMMAD HAFIZIN HILMI
 ??  ?? NUR AIN
NUR AIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia