Harian Metro

Pandai urus masa tidak jejaskan akademik

-

masa supaya mereka boleh membahagik­an tugas dengan baik dan tidak membazirka­n masa.

Menerusi pengurusan masa yang baik, penuntut boleh menyertai aktiviti luar tanpa menjejaska­n prestasi akademik mereka.

Apa yang paling penting, mahasiswa itu perlu mengetahui cara belajar yang betul dan sesuai dengan mereka.

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) Izwana Ismail berkata, tiga kategori ciri fizikal yang boleh dikenal pasti mahasiswa sama ada cenderung kepada visual, auditori atau kinestetik.

“Ini kerana ketiga-tiga ciri ini berbeza antara satu sama lain.

“Ia secara tidak langsung membantu mereka untuk merancang aktiviti dan pembelajar­an setiap hari.

“Selain itu, mahasiswa juga perlu bijak dalam pemilihan aktiviti yang disertai.

“Pemilihan aktiviti perlu bersesuaia­n dengan masa dan memberi keutamaan kepada akademik mahasiswa,” katanya.

Jelas pengurusan masa sangat penting bagi setiap penuntut supaya mereka menggunaka­n masa dengan sebaik-baiknya.

“Pengurusan masa yang teratur dan terancang akan membawa faedah yang baik kepada mahasiswa seterusnya mencapai keputusan cemerlang dalam akademik.

“Sekiranya masa tidak diuruskan dengan cara yang betul akan membawa kesan buruk dan menyukarka­n kehidupan harian seseorang mahasiswa,” katanya.

 ??  ?? IZWANA
IZWANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia