Harian Metro

Ayah ajar cara mengurut

-

Nor Qamarul turut tawar pakej berpantang

DARI MUKA H51

“Ayah seorang tukang urut dan sejak kecil dunia urutan memang dekat dengan saya. Dalam keluarga saya juga ada yang menjadi bidan dan membuatkan mula memasang cita-cita untuk bergelar bidan berjaya sejak berusia tujuh tahun.

“Masih segar di ingatan bagaimana saya sering diejek rakan sebaya kerana mereka menganggap bidan adalah kerjaya orang kampung dan hanya untuk wanita tua,” ujarnya sambil tersenyum mengimbas kenangan lama.

Wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini bagaimanap­un berkata, ejekan rakan itu menjadi pemangkin semangat untuk mencapai cita-citanya.

“Sejak di sekolah rendah saya sudah belajar daripada ayah teknik urutan yang betul selain mula mengikutny­a masuk ke hutan mencari akar kayu untuk dibuat ubat-ubatan, herba dan minyak urut.

“Dari situlah saya semakin berminat dengan bidang ini. Hasil didikan ayah dan sanak saudara lain, saya mula mengurut ahli keluarga selepas bersalin dan menjaga bayi seawal usia saya 13 tahun lagi, katanya.

Nor Qamarul mengakui keakrabann­ya dengan ayah tersayang, Ahmad Rashidi Pandak Abdul Samad, banyak memberinya ilmu urutan yang betul dan dijadikan panduannya untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggann­ya kini.

Menurutnya yang mempunyai pengalaman mengurut lebih 20 tahun, walaupun dia mempunyai ramai adik-beradik iaitu 18 orang, hanya dia saja yang menunjukka­n minat untuk mendalami bidang itu.

“Selain saya, ada juga adik-beradik lain mempunyai kebolehan mengurut namun mereka tidak berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya utama.

“Alhamdulil­lah, berkat ketekunan dan semangat gigih akhirnya saya berjaya menjadi bidan dan tukang urut khusus dalam masalah wanita. Saya juga sangat bersyukur dengan kemahiran yang ada ini yang membolehka­n saya dapat membuka spa sendiri pada 2012 lalu,” katanya.

Nor Qamarul yang kini mempunyai tiga cahaya mata dan sedang hamil anak keempat berkata, dia amat bersyukur kerana suami, Rahmad Faizal Nordin memahami minatnya serta memberi sokongan padu kepadanya untuk menjadikan bidang itu sebagai kerjaya utama.

Bukan saja memahami, malah suami sanggup mengeluark­an modal untuk dia membuka spa walaupun Nur Qamarul sering kesempitan masa bersama keluarga kerana memenuhi tempahan pelanggan. ikhtiar mendapatka­n zuriat dan urutan saraf dengan menggunaka­n teknik urutan dan doa. Pada masa sama dia juga menawarkan khidmat rawatan badan dan muka.

“Saya berusaha membantu wanita menangani pelbagai masalah yang dialami. Selain mementingk­an mutu perkhidmat­an, saya juga sentiasa menjaga penampilan­nya supaya kemas dan menyenangk­an pelanggan. Walau sesibuk mana pun saya akan pastikan penampilan diri sentiasa kemas dan cantik.

“Sering kali pelanggan terkejut apabila bertemu dengan saya kerana mereka menjangkak­an bidan yang berusia. Mereka tidak sangka bidan yang ditempah masih muda,” katanya tersenyum.

Berulang kali dia memberitah­u kepuasanny­a dapat mencapai citacitany­a. Malah dia juga gembira dapat membuktika­n kepada rakan lama ketika kecil dulu bahawa setiap cita-cita jika diusahakan sebaik mungkin boleh membuahkan pendapatan lumayan.

“Syukur saya berjaya mencapai cita-cita saya. Lebih penting lagi saya juga dapat membantu wanita kembali sihat dan cergas supaya mereka boleh melaksanak­an tugas sebagai isteri dan ibu dengan baik.

“Puas dan gembira.

Inilah misi saya. Puas dapat membantu orang lain dan gembira apabila mereka kembali cergas,” ujarnya mengakhiri bicara.

 ??  ?? NOR Qamarul bantu wanita kembali cergas. Sering kali pelanggan terkejut apabila bertemu dengan saya kerana mereka menjangkak­an bidan yang berusia. Mereka tidak sangka bidan yang ditempah masih muda
NOR Qamarul bantu wanita kembali cergas. Sering kali pelanggan terkejut apabila bertemu dengan saya kerana mereka menjangkak­an bidan yang berusia. Mereka tidak sangka bidan yang ditempah masih muda
 ??  ?? BERSAMA keluarga
tercinta.
BERSAMA keluarga tercinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia