Harian Metro

Sukar hadam nasi

-

Perut kucing hanya sesuai untuk bahan makanan berasaskan daging

DARI MUKA H51

Nasihat Dr Nurzaty kepada pemilik kucing ialah jangan memberikan nasi semata-mata kepada kucing.

“Jika dicampur isi ikan atau ayam, sekurang-kurangnya kucing dapat memilih dan mengutip bahan protein itu untuk dimakan,” ujarnya sambil menambah, makanan semula jadi untuk haiwan itu adalah bahan berprotein.

Jika ikan dihancurka­n terlalu halus dan digaul dalam nasi, kucing akan makan ikan itu bersama nasi yang banyak. Berbeza dengan sistem pencernaan manusia yang boleh menghadam nasi dengan mudah, kucing tidak mempunyai kelebihan itu.

“Ini kerana perut kucing hanya sesuai untuk bahan makanan berasaskan daging,” ujarnya.

Difahamkan kucing secara semula jadinya adalah haiwan pemakan daging dan sistem pencernaan kucing direka sebagai karnivor, berbeza dengan anjing yang omnivor.

Pencernaan­nya memerlukan beberapa protein dan asid amino yang tidak boleh didapati daripada bahan selain ayam mahupun ikan.

Makanan sesuai untuknya adalah ikan dan ayam rebus selain makanan dijual siap yang direka khas untuk keperluan kucing.

“Jika kucing biasa makan nasi, boleh diberi dalam kuantiti sederhana dan dalam jangka masa pendek, maksudnya tidak diberi berterusan. Sebaiknya, digantikan nasi putih dengan nasi beras perang, kerana perut kucing lebih mudah mencernany­a. Bahkan kebanyakan makanan kucing diformulas­i mengguna beras perang dan bukan beras biasa,” jelasnya.

Pesannya lagi, jika beri makanan beli siap, elak memilih jenis komersial yang berwarna-warni, bagi menghindar­i penyakit batu karang atau buah pinggang dan juga tidak menukar jenis atau jenama sesuka hati.

“Amalan gemar menukar jenis dan jenama makanan, dibimbangi ada yang tidak sesuai dan boleh menyebabka­n sakit perut,” tegasnya.

Agar kucing kekal sihat katanya, boleh beri multi vitamin, jika diletak dalam bilik berhawa dingin, sediakan kotak supaya ia boleh menyorok dan memanaskan badan. Jika diletak dalam bilik yang hanya ada kipas, pastikan sistem pengudaraa­n bagus.

MANDIKAN SEKALI-SEKALA

Berkelulus­an dalam bidang veterinar dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Dr Nurzaty selaku Pakar Bedah dan Pengurus Klinik Haiwan itu berkata, beliau mengikuti pengajian peringkat Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternaka­n di UPM kampus Bintulu, Sarawak sebelum melanjutka­n ke peringkat Ijazah Veterinar di UPM, Serdang, Selangor.

“Sebelum itu, saya memang bercita-cita menjadi doktor haiwan dan kebetulan sangat sukakan kucing. Sejak dulu, saya bercita-cita membuka klinik haiwan khusus untuk kucing. Kebanyakan klinik haiwan yang ada, memberi rawatan ‘bercampur dengan haiwan lain’.

“Dengan adanya klinik khas untuk kucing, lebih selesa bagi pelanggan yang hanya meminati haiwan itu untuk keluar masuk di klinik ini,” ujarnya yang bagaimanap­un berkata, ada juga haiwan kecil lain seperti arnab, sugar glider dan hamster dihantar kepadanya untuk dirawat tetapi tidak anjing.

Sebaik tamat pengajian ijazah, Dr Nurzaty bekerja di Klinik Haiwan & Surgeri Kitty’s Cottage di Shah Alam selama dua tahun dan di situ beliau menimba ilmu dan kemahiran untuk mengurus dan merawat kucing, sebelum membuka cawangan di Desa Pandan.

Mengenai amalan memandikan kucing, beliau berkata, kucing juga tidak boleh dimandikan terlalu kerap, hanya boleh sekali-sekala seperti sebulan sekali.

Mengenai risiko kucing terhadap ibu mengandung yang sering diperkatak­an menurutnya, memang betul, kucing berpenyaki­t Toksoplasm­a boleh menjangkit­i ibu mengandung yang boleh membawa kepada keguguran.

“Jadi bagi pemilik kucing, dinasihat amalkan bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman setiap kali selepas pegang kucing,” ujarnya.

Bagi memastikan kucing selamat daripada penyakit tertentu, digalak mendapatka­n suntikan rangkaian vaksin khas untuk haiwan itu.

Beliau juga menggalakk­an kucing jantan dan betina dimandulka­n untuk mengawal karakter haiwan itu, yang menjadi agresif ketika hendak mengawan.

Bersuamika­n seorang jurutera, menurutnya lagi, sokongan keluarga dan teman rapat menjadi pendorong utama kariernya.

Selain menyediaka­n rawatan biasa, surgeri dan penataan, tempat itu juga menjual makanan kucing dan peralatan berkaitan di samping menyediaka­n khidmat hotel kucing. Beroperasi di bangunan dua tingkat, kedai haiwan dan hotel kucing berada di tingkat atas sementara wad kucing dan bilik rawatan di tingkat bawah. -Rashidah Ibrahim

 ??  ?? BILIK hotel kucing daripada jaring besi.
BILIK hotel kucing daripada jaring besi.
 ??  ?? RUANG dalaman dengan lantai kemasan lapisan kayu dan dinding batu.
RUANG dalaman dengan lantai kemasan lapisan kayu dan dinding batu.
 ??  ?? MERAWAT kucing pelanggan.
MERAWAT kucing pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia