Harian Metro

MASALAH RAMBUT DORONG BISNES

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Kesempitan hidup yang dialami ketika bergelar suri rumah menjadi detik permulaan wanita kelahiran Kuantan, Pahang ini mengubah nasib diri dan keluargany­a.

Dia tidak mahu terus dihimpit kesusahan yang dirasai apatah lagi menyalahka­n takdir. Baginya, sesuatu perlu dilakukan bagi mencari jalan keluar terbaik, sekali gus menjana pendapatan tambahan keluarga.

Wanita cekal ini juga mahu membuktika­n setiap individu boleh berjaya jika mempunyai semangat, keyakinan dan berusaha tanpa kenal erti lelah.

Bagi Siti Mariam Abd Samad, 27, dia pernah bekerja sebagai jururawat sebelum membuat keputusan berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sebaik berhenti saya seolaholah hilang arah kerana sebelum ini sudah biasa mempunyai gaji bulanan. Keadaan ekonomi saya dan suami juga menjadi tidak stabil yang memaksa saya segera bertindak mencari kerjaya atau perniagaan yang boleh diusahakan,” katanya.

Menurut Siti Mariam, seluruh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa dan adikberadi­knya masingmasi­ng mengusahak­an perniagaan sendiri.

“Pada mulanya saya langsung tidak minat berniaga dan cuba mengelak apabila ibu meminta saya membantuny­a untuk mempromosi­kan produk.

“Lamakelama­an saya mula berfikir, mungkin ini jalan rezeki yang Allah lorongkan untuk saya kerana jika dilihat kembali, memang bidang perniagaan sangat dekat dengan kami sekeluarga,” katanya.

MANFAAT PENGALAMAN SENDIRI

Siti Mariam berkata, masalah rambut yang dialami sangat mengganggu keselesaan­nya dan dia sendiri sudah mencuba pelbagai produk untuk mengembali­kan semula keserian rambutnya.

“Namun produk yang dicuba tidak serasi, masalah terus berpanjang­an. Akhirnya saya mula belajar sedikit demi sedikit cara untuk menghasilk­an produk rambut sendiri yang diyakini selamat dan berkesan.

“Syukur, selepas melalui pelbagai kajian dan proses, saya berjaya menghasilk­an produk penjagaan rambut atas jenama Faith Fleur khusus dalam merawat pelbagai masalah rambut,” katanya.

Menurutnya, ia menjadi detik permulaan wanita ini memulakan perniagaan sejak Julai 2016 dan syukur produk keluaranny­a diterima baik sehingga kini.

“Daripada tidak minat dalam bidang perniagaan saya menukar haluan menjadi usahawan yang komited. Semuanya kerana saya mahu mengubah nasib diri, sekali gus membantu ramai individu di luar sana yang mengalami masalah rambut.

“Syukur, laluan ini mengeluark­an saya daripada belenggu kesusahan. Pengalaman lalu juga membuatkan saya faham kesukaran yang dialami wanita tidak bekerja, apatah lagi bagi yang terpaksa mengharung­i hidup sendirian selepas bertahunta­hun bergantung kepada suami. Jadi, saya mahu wanita mengambil peluang berniaga supaya ada pendapatan sendiri.

“Walaupun diterima baik namun lumrah perniagaan, tiada jalan mudah. Saya dan suami terpaksa menempuh pelbagai suka duka dalam mengendali­kan perniagaan ini,” katanya.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat wanita cekal ini untuk terus melangkah melakar kejayaan yang diimpikan.

“Cabaran dan dugaan terlalu banyak, kami terpaksa berdepan masalah stokis yang datang dan pergi sesuka hati selain masalah kilang yang sering tidak dapat menampung stok ditempah.

“Tidak dapat dilupakan, suami pernah berjalan sejauh dua kilometer dengan memikul kotak berat berisi stok produk ke pejabat pos untuk proses pengeposan disebabkan kami ditimpa kemalangan yang mengakibat­kan kereta rosak teruk,” katanya.

SYUKUR DENGAN KEJAYAAN KINI

Siti Mariam berkata, selepas dua tahun mengusahak­an bidang ini, dia amat bersyukur dengan pilihan dilakukann­ya.

“Walaupun masih baru namun saya tetap bersyukur dengan apa yang dikecapi kini.

“Bagi saya 80 peratus ke jayaan bermula daripada persediaan, oleh itu perancanga­n rapi amat penting. Sebagai contoh, saya buat jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, dia juga mempunyai pengurusan masa sistematik bermula daripada seawal Subuh sehingga lewat malam dan akan mengikut segala perancanga­n itu bagi memastikan masa tidak berlalu begitu saja.

“Apabila ada perancanga­n rapi segalanya berjalan seperti yang dirancang. Biar nampak seperti terikat dan terpaksa mengikut jadual asalkan semuanya seperti yang dikehendak­i.

“Dalam kalangan ka kitangan Faith Fleur, saya majikan yang tegas dan komited dengan apa yang dirancang kerana mahu semua orang yang terbabit dalam perniagaan ini samasama berjaya,” katanya.

Tambahnya, dia juga mahu membuktika­n pilihan dilakukann­ya untuk berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan adalah tepat.

“Saya tidak mahu lagi dihimpit kesempitan hidup dan atas sebab itu saya perlu berusaha tanpa jemu dalam mengembang­kan perniagaan diusahakan.

“Saya juga mahu membantu ramai wanita terutama yang bergelar suri rumah dalam menjana pendapatan sendiri, sekali gus dapat membantu keluarga,” katanya.

 ??  ?? SITI Mariam gembira dengan apa yang diusahakan­nya kini.
SITI Mariam gembira dengan apa yang diusahakan­nya kini.
 ??  ?? SITI Mariam (enam dari kiri) bersama stokis dan ejennya.
SITI Mariam (enam dari kiri) bersama stokis dan ejennya.
 ??  ?? BERSAMA suami tercinta yang sama-sama mengharung­i suka
duka.
BERSAMA suami tercinta yang sama-sama mengharung­i suka duka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia