Harian Metro

BIMBING PENYUSUAN EKSKLUSIF

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Dr Nurhaya buka pusat laktasi beri bimbingan kepada bakal ibu dan bapa

Mempunyai personalit­i lembut dan bersifat keibuan, dianugerah­kan raut wajah ayu, malah setiap kali berbicara terserlah aura positif yang tertanam dalam dirinya menjadikan wanita berstatus ibu kepada tiga cahaya mata ini mudah didampingi sesiapa saja.

Anak kelahiran

Kuala Lumpur yang juga pakar perunding laktasi bertauliah ini jika dilihat dari segi luarannya tampak sama seperti wanita lain namun hakikatnya, dia mempunyai impian besar yang ingin digapai.

Impian hidupnya sangat murni. Dia menyimpan hasrat untuk membantu semua ibu bapa terutama keluarga muda supaya lebih mendalami dan memahami ilmu penyusuan badan secara eksklusif.

Pemilik nama Dr Nurhaya Yacob yang kini mengusahak­an Dr Nurhaya Lactation Centre di Perai, Pulau Pinang memilih bidang itu kerana berasakan terdapat keperluan dan tanggungja­wab besar yang perlu dilaksanak­annya.

“Saya memilih untuk mengusahak­an sendiri pusat laktasi ini bagi membantu bakal ibu juga bapa memahami dan menjalani proses penyusuan dengan lebih baik sehingga si ibu berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama enam bulan. Ini berterusan sehingga dua tahun bersama makanan pelengkap, sesuai dengan polisi penyusuan ibu kebangsaan.

“Selain menjalanka­n bimbingan di pusat laktasi, saya juga rancak menggunaka­n laman sosial Facebook dan Instagram sebagai medan tepat dan paling berkesan untuk menyebarka­n maklumat berguna supaya lebih ramai ibu bapa muda memperoleh manfaat ini,” katanya.

Dr Nurhaya juga menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an sampingan termasuk urutan untuk bayi dan kanak-kanak yang dipercayai mampu membantu menangani pelbagai masalah.

“Impian saya hanya satu iaitu menjadikan pusat ini sebagai pusat sehenti untuk golongan ibu mendapatka­n perkhidmat­an penyusuan sama ada dari aspek ilmu mahupun peralatan yang berkaitan penyusuan susu ibu.

“Saya juga berusaha memastikan orang sekeliling iaitu suami, ibu bapa, rakan, majikan dan ahli keluarga untuk turut memberikan sokongan supaya susu ibu dapat diberikan kepada semua bayi,” katarnya.

SUKA DUKA TERSENDIRI

Untuk menggapai impiannya, pelbagai selokbelok dan suka duka perlu ditempuhi Dr Nurhaya.

Wanita ini pernah berdepan saat menyedihka­n tatkala suami tercinta terbabit kemalangan jalan raya dan pada masa sama, dia perlu bertarung nyawa melahirkan cahaya mata kedua tiga tahun lalu.

“Itu antara saat paling menduga apabila menerima berita sedih dan waktu itu juga merasai sakit bersalin

namun saya perlu kuat untuk keluarga.

“Syukur, kini segalanya berjalan dengan baik. Suami sudah pulih dan ketigatiga anak saya membesar dengan sihat dan cergas,” katanya.

Katanya, dia amat bersyukur kerana dianugerah­kan suami, Dr Ashraf Md Razi yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Dari segi pembahagia­n masa, hakikatnya ia agak sukar kerana tuntutan kerja saya sering memakan masa yang lama. Namun, saya berusaha membahagik­an masa sebaik mungkin terutama kini kedua-dua anak masih kecil dan memerlukan perhatian penuh.

“Alhamdulil­lah, saya memiliki keluarga tidak jemu memberi sokongan walaupun pada awalnya suami agak kurang yakin dengan kerjaya yang saya pilih ini. Kini, dia antara individu yang paling banyak memberi idea dan semangat selain ibu serta ayah yang selalu berada di sisi saya dalam apa juga keadaan,” katanya.

Dr Nurhaya berkata, kekuatanny­a dalam bidang diusahakan juga didorong ibunya yang berjaya menyusukan keempatemp­at anak selama dua tahun walaupun pada waktu itu ilmu penyusuan masih kurang didedahkan.

BERI KESEDARAN TANPA PAKSAAN

Dia juga akui antara cabaran terhebat apabila berhadapan dengan ibu yang terlalu obses untuk meningkatk­an pengeluara­n susu secara berlebihan sedangkan asas penyusuan yang paling utama sering diabaikan.

“Saya juga sering berpesan supaya sentiasa bersyukur dengan susu yang dihasilkan. Percayalah susu akan terhasil mengikut keperluan anak dan jangan terlalu obses untuk menghasilk­an susu yang terlalu banyak,” katanya.

Tidak ketinggala­n apabila Dr Nurhaya turut menerima kecaman hebat dan cemuhan yang sering menjadi juadah harian terutama apabila ilmu disalurkan tidak sesuai dengan kemahuan netizen.

“Saya anggap itu sebagai cabaran. Tugas saya ialah terus memberi kefahaman dan selebihnya saya berserah kepada Allah untuk memberi kesedaran kepada ibu atau bapa terbabit,” katanya.

Dr Nurhaya berkata, dia memasang matlamat supaya usaha yang dilakukan tidak sia-sia.

“Saya mengimpika­n untuk melihat peratusan ibu yang memberikan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan akan meningkat tahun demi tahun.

“Pada masa sama, kesedaran semua golongan termasuk individu sekeliling dalam memastikan si kecil diberikan susu ibu secara eksklusif,” katanya.

Kata Dr Nurhaya, dia juga berazam menambah keyakinan kepada setiap wanita yang menyusukan bayi bahawa mereka adalah wanita hebat yang bukan saja cantik, tetapi bijak memanfaatk­an anugerah Allah untuk si kecil.

 ??  ?? DR Nurhaya tekad bantu ibu muda dalam proses penyusuan.
DR Nurhaya tekad bantu ibu muda dalam proses penyusuan.
 ??  ?? DR Nurhaya (kiri)
ceria di pusat laktasi miliknya.
DR Nurhaya (kiri) ceria di pusat laktasi miliknya.
 ??  ?? BERSAMA keluarga tersayang.
BERSAMA keluarga tersayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia