Harian Metro

PANTANG LIHAT TANAH KOSONG

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Memberikan ketenangan yang sukar digambarka­n selain menjadi antara terapi minda dan mata paling berkesan. Kesan terapeutik ini yang menjadikan hobi bercucuk tanam antara aktiviti yang memberi banyak manfaat.

Bukan saja menggembir­akan, malah ia memberikan kepuasan tidak ternilai terutama apabila tanaman yang dibelai setiap hari membuahkan hasil.

Mengakui amat meminati aktiviti bercucuk tanam yang dijadikan hobi pada waktu terluang, suri rumah, Linda Hamzah berkongsi minat yang sama dengan pasangan hidupnya, Yazid Abu Bakar.

Menurut Linda, walaupun tinggal di kawasan taman perumahan namun dia menggunaka­n sebaik mungkin halaman di belakang rumahnya.

“Saya dan suami pantang nampak ada tanah kosong, otak ligat berfikir jenis tanaman apa yang mahu disemai di situ. Saya suka melihat tanaman hidup subur dan ia menjadi terapi paling berkesan untuk saya.

“Hilang segala kepenatan apabila melihat tanaman membuahkan hasil dan hidup subur. Selain itu, kami sekeluarga juga berpeluang menikmati hasil tanaman sendiri yang segar,” katanya.

Linda berkata, antara jenis tanaman yang ditanamnya adalah kangkung, bayam, terung, cili, daun sup, kacang panjang dan pelbagai jenis ulam seperti kacang botol.

“Disebabkan mempunyai kawasan tanah yang agak terhad, kami banyak bercucuk tanam di dalam kotak gabus namun syukur, semua tanaman hidup subur dan membuahkan hasil yang segar.

“Saya percaya untuk menikmati hasil yang segar semua tumbuhan ini perlu dibelai dan dijaga rapi,” katanya.

Suami isteri kongsi minat bercucuk

tanam, terapi paling

berkesan

Berkongsi minat yang sama dalam aktiviti di kebun dapurnya,

Linda amat bersyukur dianugerah­kan pasangan hidup yang banyak membantuny­a menguruska­n tanaman mereka.

“Suami juga amat suka bercucuk tanam, selain di kawasan belakang rumah dia turut mengusahak­an kawasan lapang di belakang rumah keluargany­a.

“Mungkin ini adalah jiwa kami. Bagi kami, semua ini adalah terapi terbaik dalam hidup terutama untuk menghilang­kan kepenatan

 ??  ?? LINDA bersama suami tercinta yang turut berkongsi hobi yang sama.
LINDA bersama suami tercinta yang turut berkongsi hobi yang sama.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA sayuran yang ditanam Linda dan suami.
ANTARA sayuran yang ditanam Linda dan suami.
 ??  ?? SUAMI Linda, Yazid banyak membantuny­a menguruska­n aktiviti bercucuk tanam.
SUAMI Linda, Yazid banyak membantuny­a menguruska­n aktiviti bercucuk tanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia