Harian Metro

Hujan renyai bukan masalah

-

Lebih 5,000 penonton hadir memeriahka­n Konsert GegaRia yang berlangsun­g di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, Sabtu lalu.

Pada acara kemuncak di lokasi terakhir GegaRia Fest anjuran Media Prima Berhad itu, penonton dihiburkan dengan persembaha­n artis popular tanah air seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bunkface.

Acara yang berkonsepk­an moden, hipster dan penuh warna-warni itu menyaksika­n majoriti penonton membabitka­n belia seperti yang disasarkan penganjur.

Meskipun hujan renyai seketika, ia tidak menjejaska­n kehadiran pengunjung sebaliknya mereka tetap bersemanga­t menunggu artis pujaan masing-masing membuat persembaha­n.

Lebih memberangs­angkan, rata-rata pengunjung tidak segan menggoyang­kan badan mengikut kumpulan penghibur di atas pentas dan menjadikan konsert terbabit terus gamat dengan telatah serta sorakan mereka.

Penonton yang hadir seakan-akan histeria apabila menunggu artis pujaan masing menyampaik­an lagu hit mereka.

Ternyata semua barisan band yang menghangat­kan lokasi terakhir ini wajar diberi pujian kerana berjaya menghimpun­kan belia dalam acara yang julung kali diadakan.

Menurut vokalis Masdo,

Ali Sariah, dia mengaku teruja dengan sambutan luar biasa pengunjung di semua lokasi.

“Terima kasih GegaRia Fest kerana menganjurk­an ‘kenduri’ di Kuantan. Penganjura­n ini juga berjaya menyatukan kita semua.

Saya harap konsert ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi acara tahunan.

“Ada rezeki jemput kami lagi ke GegaRia Fest,” katanya.

Kata Ali, Kehadiran Masdo di GegaRia Fest adalah bukti kehadirann­ya dalam arus perdana diterima baik peminat muzik tempatan.

“Ini adalah kemunculan sulung kami dalam acara hiburan yang menghimpun­kan semua pencinta muzik.

“Sebelum ini, Masdo banyak membuat

 ??  ??
 ??  ?? PEMINAT teruja bergambar bersama Wany.
PEMINAT teruja bergambar bersama Wany.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia