Harian Metro

Artis otai jadi pilihan

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Pembabitan selebriti dalam program automotif bagi menarik kehadiran ramai pengunjung bukan perkara baru.

Terbaru, barisan artis otai jadi pilihan penganjur CA Event bagi menyerikan program Santai Retro 2018 yang akan berlangsun­g di Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka pada 7 dan 8 April ini.

Pengarah Urusannya Sabrina Taib berkata, penganjura­n Santai Retro kini sudah memasuki tahun ke-10 sejak diperkenal­kan pada 2008 di dua lokasi utama iaitu Tanjung Bidara, Melaka dan Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

“Penganjura­n dibuat secara bergilir-gilir dan tahun ini ia akan berlangsun­g di Melaka. Program ini sebuah perhimpuna­n motosikal retro klasik era 50-an hingga 90-an dan setiap tahun sambutan amat menggalakk­an.

“Sejak awal penganjura­n lagi, kami menjemput artis retro sebagai penyeri. Idea ini timbul apabila melihat filem lama yang banyak tampil dengan konsep sebegini. Artis dan konsep retro memang tak dapat dipisahkan,” katanya.

Menurutnya, strategi membabitka­n artis dalam program ini menceriaka­n suasana malah pada sebelah malam orang ramai akan dihiburkan dengan

Serikan Santai Retro 2018 pada 7 dan 8 April ini

persembaha­n.

Santai Retro kali ini menampilka­n artis Khaty Azian, AR Badul, Faizal Hussein, Hatta Junction, Nik Putra, Dwan Olan, Isa Gravity, Malek Zabarjad, Yazid Sejati, Ali Lela, Blank Gamma, Shafie Rio, Fauzi Aisunam, Raymie Febian’s dan Zack Massa.

“Sebenarnya, peminat boleh menonton persembaha­n secara percuma tanpa bayaran. Namun mereka perlu beli kupon khas bagi layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama motosikal Yamaha TZR 250 3ma.

“Keuntungan kami hanya dibuat menerusi sewaan gerai. Jualan cenderahat­i akan dibuat dengan sebahagian hasil disumbangk­an kepada anak yatim.

“Aktiviti utama adalah perhimpuna­n motosikal Suzuki Terbesar Malaysia, tetapi motosikal jenama lain juga boleh mengambil bahagian kerana matlamat kami ialah menjalinka­n ukhuwah penunggang motosikal,” katanya.

Sabrina berkata, 15 artis yang dipilih diyakini mempunyai ramai peminat setia.

“Kami pernah mengundang artis baru untuk program ini tetapi kurang sambutan daripada peminat. Ini bermakna artis otai mempunyai pengaruh yang hebat untuk program ini.

“Sebelah siang mereka akan berada di gerai melayan pengunjung dan sebelah malamnya pula akan menyampaik­an tiga lagu setiap seorang.

“Mereka akan terbabit selama dua hari dan turut dibenarkan menjual produk sendiri,” katanya.

Penyanyi rock otai mengakui mereka amat teruja diberi peluang terbabit kerana Santai Retro.

Dwan Olan berkata, dia berasakan seperti kembali ke era kegemilang­an rock apabila beraksi dalam program itu.

“Konsep retro dan sambutan peminat yang hadir buat saya seolaholah berada dalam era kegemilang­an muzik rock.

“Ini antara pengalaman manis saya dalam arena seni. Industri automotif dan seni muzik masing-masing ada keistimewa­annya,” katanya.

Bagi Hatta Junction pula, acara ini amat ditunggu-tunggu kerana menemukann­ya dengan rakan seangkatan yang masih aktif dalam industri nyanyian.

Santai Retro 2018 dianjurkan dengan kerjasama JKKK Kampung Balik Batu, Parlimen Masjid Tanah, Japerun Tanjung Bidara, Majlis Perbandara­n Alor Gajah dan banyak lagi.

 ??  ?? SABRINA dan suami, Mohd Asri Ramli bersama artis yang terbabit dalam Santai Retro 2018.
SABRINA dan suami, Mohd Asri Ramli bersama artis yang terbabit dalam Santai Retro 2018.
 ??  ?? DWAN Olan
DWAN Olan
 ??  ?? RAYMIE Febian’s
RAYMIE Febian’s
 ??  ?? HATTA Junction
HATTA Junction
 ??  ?? ISA Gravity
ISA Gravity
 ??  ?? KHATY Azean
KHATY Azean

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia