Harian Metro

Ada formula sendiri

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Lokman nekad nyanyi lagu

sesuai dengan jiwa tanpa perlu ikut keadaan semasa

Selepas tamat One In A Million musim pertama pada 2006, tidak banyak cerita yang kita dengar mengenai salah seorang peserta pertanding­an berkenaan iaitu Lokman Aslam.

Komposer lagu Aku Cinta Padamu yang digunakan bagi iklan Fair & Lovely itu bagaimanap­un sebenarnya masih aktif menghasilk­an lagu yang kena dengan jiwanya.

Mungkin kerana cenderung menghasilk­an karya dengan suntikan elemen muzik bukan pilihan ramai membuatkan namanya tidak popular.

Namun, anak jati Pulau Pinang ini sedikit pun tidak bimbang dirinya tidak dikenali.

Baru-baru ini, Lokman muncul dengan lagu duet bersama Atilia Haron berjudul Segalanya. Berunsurka­n jaz, jejaka berusia 31 tahun itu yakin Segalanya dapat diterima ramai.

“Saya percaya pasaran lagu jaz masih ada. Dalam puluhan lagu balada atau pop yang mewarnai industri muzik pada masa kini, ada golongan tertentu yang mendambaka­n elemen berbeza.

“Saya berani katakan peminat saya yang boleh dihitung dengan jari ini adalah penyokong yang sangat setia. Sejak awal pembabitan sehingga sekarang, mereka masih bersama saya,” kata pemilik nama sebenar

Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalip.

Menjadikan Atilia Haron sebagai antara idolanya, Lokman gembira dapat berkenalan dengan penyanyi wanita itu yang setia memperjuan­gkan irama jaz walaupun ramai hanya memandang sebelah mata.

Mengakui sukar untuk ‘meletup’ dengan lagu berunsurka­n jaz, Lokman sedikit pun tidak kisah.

Dia sering menghiburk­an penonton di kelab jaz sekitar ibu kota.

“Tidak dinafikan sukar popular jika bawa lagu jaz, tetapi ada individu yang menghargai genre ini. Permintaan masih ada dan itu sudah cukup.

“Melihat wajah puas hati penonton buat saya rasa gembira. Biarlah saya tidak terkenal pun. Cukup saya ada dalam industri dan terus menghasilk­an lagu,” katanya.

Lokman mempunyai formula tersendiri untuk terus bertahan dalam industri seni tanah air. Malah dia nekad menyanyika­n lagu yang sesuai dengan jiwanya tanpa perlu mengikut keadaan semasa.

“Saya mahu balik rumah dalam keadaan gembira dan berpuas hati dengan persembaha­n yang dibuat. Saya tidak mahu pulang ke rumah, kemudian tertanyata­nya apa yang sudah saya buat,” katanya.

 ??  ?? Melihat wajah puas hati penonton buat saya rasa gembira.
Biarlah saya tidak terkenal
pun. Cukup saya ada dalam industri dan terus menghasilk­an
lagu
Melihat wajah puas hati penonton buat saya rasa gembira. Biarlah saya tidak terkenal pun. Cukup saya ada dalam industri dan terus menghasilk­an lagu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia