Harian Metro

Gorillaz masih diterima baik

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Menang kategori Kumpulan British Terbaik pada Brit Awards 2018 selepas dicalonkan 10 kali

Walaupun album Ed Sheeran mencapai kejayaan besar tahun lalu, penyanyi itu cuma menang satu trofi daripada lima pencalonan Brit Awards 2018.

Pada acara yang berlangsun­g di Arena O2, London, baru-baru ini, Sheeran menerima anugerah khas Sukses Global bagi pencapaian­nya dalam industri muzik.

Sebaliknya, penyanyi yang menang besar pada malam itu adalah Stormzy dan Dua Lipa dengan masingmasi­ng membawa pulang dua anugerah.

Stormzy diangkat sebagai Artis Solo Lelaki British Terbaik dan Album British Terbaik.

Manakala Dua Lipa diumumkan sebagai Artis Solo Wanita British Terbaik dan Penyanyi Baru British Terbaik.

Kategori Kumpulan

British Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan animasi Gorillaz dan Brit Awards 2018 adalah yang pertama dimenangi mereka selepas dicalonkan sebanyak 10 kali sebelum ini.

Dengan kemunculan deretan kumpulan baru, kemenangan itu menandakan Gorillaz masih diterima baik pendengar biarpun mereka berehat selama enam tahun dari industri muzik.

Tahun lalu, kumpulan alternatif rock terbabit kembali aktif dengan memperkena­lkan album kelima mereka berjudul Humanz diikuti konsert jelajah di United Kingdom.

Bagi pembaca yang belum pernah mendengar nama Gorillaz, kumpulan berkenaan terdiri dari empat anggota animasi ciptaan vokalis Blur, Damon Albarn dan pereka grafik Jamie Hewlett pada 1998.

Idea menubuhkan kumpulan berkonsepk­an animasi datang ketika mereka menyaksika­n MTV di rumah.

Dua sahabat itu kemudian mencipta anggota diberi nama 2D (vokal dan keyboard), Murdoch (bass dan dram), Russel Hobbs (dram dan perkusi) serta Noodle (gitar dan vokal).

Album sulung Gorillaz mencatat kejayaan besar di peringkat global dengan jualan lebih lapan juta unit.

Sepanjang 19 tahun, kumpulan berkenaan hanya membuat konsert jelajah sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 2001.

Ini kerana pada masa sama, Albarn perlu memberi komitmen terhadap kumpulan Blur selain status Gorillaz sebagai animasi.

Album Humanz memuatkan 20 lagu menampilka­n kolaborasi bersama beberapa artis antaranya Noel Gallagher, Pusha T, Grace Jones, Popcaan dan Danny Brown.

 ??  ?? ANGGOTA Gorillaz ketika menang di Brit Awards, baru-baru ini.
ANGGOTA Gorillaz ketika menang di Brit Awards, baru-baru ini.
 ??  ?? WATAK animasi Gorillaz.
WATAK animasi Gorillaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia