Harian Metro

Peluang menang dua rumah

- Petah Wazzan Iskandar, Aizat Shariff dan Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Pengunjung bertuah ekspo boleh raih 100 hadiah dianggar bernilai lebih RM1 juta

Bukan satu, tetapi dua rumah. Itu hadiah utama yang menanti dua pengunjung bertuah dalam Ekspo Muafakat Kedah yang berlangsun­g mulai semalam sehingga 3 Mac depan.

Dua unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bernilai lebih RM100,000 itu adalah hadiah utama yang ditawarkan kerajaan negeri Kedah kepada pengunjung bertuah ekspo yang berlangsun­g di perkaranga­n Stadium Darul Aman ketika ini.

Habuan utama cabutan bertuah itu antara 100 hadiah bernilai lebih RM1 juta yang ditawarkan sepanjang ekspo itu berlangsun­g.

Timbalan Pengarah Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), Muhamad Mahazi Ibrahim berkata, selain rumah turut ditawarkan tiga kereta jenama Haval, Perodua Bezza dan Perodua Myvi selain lima motosikal Modenas.

“Hadiah utama ini adalah hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah yang mahu memberikan kelainan kepada ekspo terbesar yang pernah dianjurkan kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyerahka­n sendiri hadiah itu kepada pengunjung bertuah pada majlis penutup 3 Mac depan.

Mengulas lanjut, Muhamad Mahazi berkata, cabutan bertuah akan dilakukan dua kali sehari sepanjang ekspo itu berlangsun­g iaitu pada jam 1 tengah hari dan 6 petang yang menawarkan pelbagai hadiah berupa barangan elektronik serta gajet.

Katanya, setiap pengunjung layak menyertai cabutan bertuah asalkan mereka melawat semua 20 kluster di tapak ekspo berkenaan.

“Pengunjung perlu mendaftar terlebih dulu untuk mendapatka­n buku pasport, kemudian melawat 20 kluster dan dapatkan cop di kluster.

“Sesiapa saja layak mendapatka­n pasport itu walaupun rakyat negeri lain yang berkunjung ke sini. Selepas melengkapk­an cop di kluster mereka layak menyertai hadiah cabutan bertuah,” katanya.

Katanya, ekspo itu bertujuan mengeratka­n hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri menerusi acara dan program yang disusun.

Sementara itu, bagi pasangan muda atau individu yang masih mencari kediaman idaman, Ekspo Muafakat Kedah adalah tempat terbaik untuk dituju kerana 6,462 unit hartanah ditawarkan pada harga diskaun sehingga 20 peratus.

Pengunjung bertuah, Syed Farhan Afis Syed Mustapha, 31, teruja apabila ditawarkan rumah idaman pada potongan harga 30 peratus menerusi skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Syed Farhan yang mendirikan rumah tangga bersama Tengku Intan Safura Tengku Mahmud, 35, tiga tahun lalu berkata, mereka kini mencari rumah idaman untuk masa depan keluarga.

Bagaimanap­un dia mengakui cabaran untuk mendapatka­n rumah idaman pada harga yang sesuai dengan bajetnya.

“Jadi apabila adanya ekspo ini, saya bersama isteri tidak melepaskan peluang untuk datang ke sini dan melihat tawaran perumahan yang disediakan kepada orang ramai, khususnya penjawat awam.

“Alhamdulil­lah, saya menemui rumah idaman lot tepi berharga RM385,000 di Kubang Rotan dengan tawaran diskaun 30 peratus berbanding harga pasaran,” katanya.

Syed Farhan berkata, ketika ini dia tinggal bersama ibu bapanya kerana belum memiliki rumah dan peluang untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tertunai.

 ??  ?? MUHAMAD Mahazi bergambar di hadapan replika rumah dan kereta cabutan bertuah bagi pengunjung Ekspo Muafakat Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman.
MUHAMAD Mahazi bergambar di hadapan replika rumah dan kereta cabutan bertuah bagi pengunjung Ekspo Muafakat Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia