Harian Metro

Platform penting belia, pelajar cari maklumat tambah ilmu

-

Alor Setar: “Walaupun masih tingkatan empat, saya lihat ini peluang terbaik untuk saya meninjau kursus yang ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai ekspo ini.”

Itu reaksi Nurain Athirah Zikri, 16, dari Maktab Mahmud yang mengunjung­i Ekspo Muafakat Kedah, semalam.

Dia yang melawat Kluster 5, Generasi Muda Pemimpin Negara berkata, inisiatif kerajaan negeri menyediaka­n platform informasi membabitka­n pelbagai institusi pengajian tinggi sangat membantu golongan pelajar dan remaja untuk mencari maklumat melanjutka­n pengajian selepas tamat persekolah­an.

Rakannya, Ummi Zulaikha Yusri, 16, berkata, ekspo itu tidak terhad melihat kepada pencapaian atau sejarah negeri semata-mata, tetapi menyediaka­n ruangan kepada pelajar untuk meninjau peluang melanjutka­n pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Menerusi ekspo ini, saya dapat melihat kursus dan IPT yang sesuai dengan minat saya untuk melanjutka­n pelajaran selepas tamat SPM nanti,” katanya.

Sementara itu Penyelaras Kluster 5, Syed Shaharuddi­n Syed Abdullah berkata, ekspo itu menjadi platform penting bagi golongan belia dan pelajar mencari maklumat tambahan dalam mengenal pasti hala tuju pendidikan masing-masing.

Menurutnya, pihaknya menawarkan pelbagai pendedahan yang menjurus generasi muda bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepasan universiti sehingga usahawan.

Beliau yang juga Pengarah Institut Pengurusan dan Integriti Negeri (INSPIN) Kedah berkata, penawaran aktiviti bercorak ilmiah dan keilmuan bermula dari peringkat bawah hingga usahawan mampu menyemarak­kan semangat mereka untuk terus memburu impian. “Dalam program

pengunjung dapat berkongsi pengalaman dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang menjadi ikon selepas menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas.

“Penampilan Dr Sheikh Muszaphar memberi pendedahan kepada golongan belia bagaimana memperkuku­hkan jati diri bagi mencapai cita-cita walaupun berdepan pelbagai rintangan.

“Beliau membuka jalan kepada golongan muda melalui pengalaman­nya bahawa apa jua yang dilakukan memerlukan kesungguha­n,” katanya.

Selain itu, katanya, Kluster 5 turut membawa selebriti dan usahawan, Fattah Amin serta Fizo Omar yang berkongsi bagaimana penggunaan jenama mereka membawa kepada kejayaan dalam perniagaan.

 ?? Nurain Athirah Zikri ??
Nurain Athirah Zikri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia