Harian Metro

Inisiatif salur masalah rakyat

- Zatul Iffah Zolkiply dan Aslina Abu Bakar news@nstp.com.my

 TSIS sedia aplikasi undian di tapak ekspo ketahui isu utama dihadapi penduduk Terengganu

Peningkata­n kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan menjadi tiga isu utama yang membimbang­kan rakyat Terengganu dan perlu dipandang serius kerajaan negeri.

Berdasarka­n undian dibuat pengunjung di tapak Ekspo Terengganu 2018 di gerai disediakan Institut Integriti dan Strategik Terengganu (TSIS), tiga isu berkenaan mendapat undian tertinggi berbanding lima lagi isu yang disenaraik­an.

Antara isu lain yang turut disenaraik­an TSIS ialah perumahan, pendidikan, masalah sosial, keselamata­n awam, penghayata­n agama dan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

Berdasarka­n undian pada hari pertama ekspo berlangsun­g sehingga jam 3 petang semalam, masalah peningkata­n kos sara hidup mendapat undian 22 peratus, pekerjaan (20 peratus) manakala masalah perumahan 15 peratus undian.

Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyediaan aplikasi undian di gerai TSIS di tapak ekspo itu penting kerana lokasi itu menjadi tempat tumpuan rakyat sepanjang tujuh hari ekspo berlangsun­g.

“Jadi, saya menyeru orang ramai datang ke tapak ekspo ini dan membuat undian supaya kerajaan tahu apa permasalah­an dihadapi rakyat.

“Melalui informasi disediakan di tapak ekspo ini, kami yakin rakyat dapat melihat dengan lebih dekat pembanguna­n dan kejayaan dikecapi kerajaan termasuk sektor pelanconga­n,” katanya.

Pengunjung Nureisa Elida Abd Aziz, 24, dari Kuala Terengganu berkata, kemudahan penyaluran maklumat yang disediakan di tapak ekspo itu memberi peluang kepada orang ramai melihat pembanguna­n dilaksanak­an, selain menterjema­h permasalah­an mereka melalui medium yang mudah.

“Sebahagian besar masyarakat terutama orang muda kini melihat maklumat melalui media sosial dan kebanyakan­nya kurang tepat.

“Sikap golongan muda malaske muzium atau pusat informasi menyebabka­n mereka tidak mendapat maklumat mengenai pembanguna­n negeri ini,” katanya.

Bagi Tuan Rosliza Tuan Mat, 27, dari Besut pula, dia berpendapa­t peluang pekerjaan perlu ditambah bagi membolehka­n golongan muda terutama yang mempunyai kelulusan mendapat pekerjaan.

 ??  ?? PELAJAR sekolah tidak melepaskan peluang mengunjung­i Ekspo Terengganu, semalam.
PELAJAR sekolah tidak melepaskan peluang mengunjung­i Ekspo Terengganu, semalam.
 ??  ?? ABDUL Jalil (dua dari kanan) menunjukka­n sisipan khas Beautiful Terengganu kepada Tengku Zaihan (dua kiri) sambil disaksikan Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya (kiri) dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul...
ABDUL Jalil (dua dari kanan) menunjukka­n sisipan khas Beautiful Terengganu kepada Tengku Zaihan (dua kiri) sambil disaksikan Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya (kiri) dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul...
 ??  ??
 ??  ?? NUREISA Elida
NUREISA Elida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia