Harian Metro

Promosi aset pelanconga­n

-

Kuala Nerus: Potensi dan aset pelanconga­n Terengganu yang setanding dengan negara luar perlu diuar-uarkan secara meluas dalam usaha menarik lebih ramai pelancong menikmati keindahan dan keunikan negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata, usaha kerajaan negeri bekerjasam­a dengan pihaknya mempromosi­kan aset pelanconga­n Terengganu menerusi keluaran khas

adalah langkah tepat dan menguntung­kan.

Menurutnya, kumpulan NSTP mempunyai saluran hebahan menerusi tiga akhbar arus perdana iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro yang memainkan peranan menghebahk­an tarikan di negeri itu.

Katanya, aset pelanconga­n perlu diuar-uarkan supaya mendapat ‘lamaran’ daripada pengunjung untuk melihat keindahan Terengganu dengan lebih dekat, sekali gus menghebahk­an ke serata dunia keindahan negeri ini.

“Untuk meuar-uarkan

maka usaha perlu dibuat untuk mempamerka­n keindahan ini supaya lebih ramai mengenali Terengganu yang diibaratka­n sebagai gadis cantik.

“Di sinilah peranan media massa dan Kumpulan NSTP mempunyai untuk meuar-uarkan

dan satu alat hebahan adalah melalui atau keluaran khas sebagai sisipan dalam akhbar,” katanya pada majlis Pelancaran Keluaran Khas

sempena Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Timbalan Pengerusi II Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mewakili Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Abdul Jalil berkata, capaian pelanggan untuk akhbar Kumpulan NSTP (pembaca) berjumlah 8.2 juta iaitu 26 peratus daripada rakyat Malaysia.

Menurutnya, capaian pelanggan digital melebihi 18 juta pelawat unik dan ia semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia