Harian Metro

Hanya dompet, tudung selamat

- Siti Rohana Idris news@nstp.com.my

 Wanita sakit sendi merangkak cari alat bantu berjalan

“Sebaik diberitahu api (kebakaran), saya terus merangkak mencapai alat bantu berjalan untuk keluar dari rumah,” kata Siti Mariam Hussin, 53, mangsa kebakaran di Chabang Tiga Pendek di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah rumah dua tingkat musnah, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuniny­a sempat menyelamat­kan diri.

Siti Mariam yang menghidap sakit sendi dan tidak mampu berjalan sejak lapan bulan lalu berkata, sebelum kejadian dia berehat di rumah bersama seorang anak dan dua cucu berusia empat serta enam tahun.

Menurutnya, dia kemudian masuk ke bilik sebelum terdengar suara anak dari ruang tamu memintanya keluar kerana ternampak api di tingkat atas.

“Saya merangkak mencapai alat bantu berjalan dan segera keluar dari bilik.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya hanya mampu mencapai dompet dan tudung saja.

“Walaupun tidak sempat menyelamat­kan barang berharga lain, saya bersyukur kerana terselamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian suaminya, A Malek A Rahman, 75, yang juga Imam Masjid Kamil Hassan di Mukim Chabang Tiga Pendek tiada di rumah kerana menghadiri program Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

A Malek pula berkata, sebaik dihubungi ahli keluarga dan dimaklumka­n mengenai kejadian itu dia terus bergegas pulang.

“Selain bimbangkan keselamata­n ahli keluarga, saya turut risaukan borang nikah serta agihan zakat anak mukim.

“Saya bersyukur kerana isteri, anak dan cucu sempat menyelamat­kan diri manakala semua dokumen penting termasuk urusan saya sebagai imam hangus dan saya perlu membuat laporan kepada MAIK,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim Penolong Pe- nguasa Bomba Wan Mohd Sahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.06 petang sebelum 21 anggota dan lima pegawai dari BBP Kota Darulnaim, Tunjong serta Pasir Mas dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran dapat dikawal jam 3.42 petang dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

“Kami mengalami sedikit kesukaran berikutan ketiadaan pili bomba di kawasan sekitarnya dan terpaksa mendapatka­n bekalan air jauh dari lokasi,” katanya.

 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? ANGGOTA bomba memadam api sebuah rumah dua tingkat dalam kebakaran di Kampung Pendek.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ANGGOTA bomba memadam api sebuah rumah dua tingkat dalam kebakaran di Kampung Pendek.
 ??  ?? SITI Mariam yang menghidap sakit sendi hanya mampu melihat rumahnya hangus dijilat api.
SITI Mariam yang menghidap sakit sendi hanya mampu melihat rumahnya hangus dijilat api.
 ??  ?? MALEK
MALEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia