Harian Metro

Lengkapkan siasatan 9 askar perkosa gadis

-

Johor Bahru: Polis Johor melengkapk­an siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang dipercayai merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, semuanya masih direman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara.

“Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa, sembilan lelaki yang bertugas sebagai anggota tentera berusia 19 hingga 24 tahun itu ditahan.

“Suspek utama ialah kenalan mangsa dan memandangk­an semua suspek anggota tentera, kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Peguam Negara dengan segera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpula­n dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

Beberapa hari lalu media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017 di 33 Rejimen Altileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasata­n Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu.

Pelabuhan Klang: Seramai 138 individu mendaftar sebagai ahli Pasukan Sukarelawa­n Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) bersama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Klang (DM4) sejak tahun lalu.

Timbalan Pengarah Operasi DM4, Komander Maritim Mohamad Iszuadi Mohd Hassan berkata, individu berkenaan terdiri daripada komuniti nelayan serta orang awam.

“PSSMM sudah lama ditubuhkan. Bagaimanap­un, ia diwartakan secara rasmi pada Ogos tahun lalu dan ia juga membolehka­n kita merancang beberapa strategi dan latihan membabitka­n laut dan darat.

“Kita juga mengadakan sesi dialog dengan komuniti nelayan dan setempat untuk menjelaska­n kepada mereka berkenaan PSSMM. Ramai nelayan dan

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia