Harian Metro

Perluas jualan

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

 LKIM kaji kaedah pasar ikan segar sejuk beku Q’Fish

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengkaji pelbagai kaedah bagi memperluas­kan edaran dan jualan ikan segar sejuk beku Q’Fish ke seluruh negara.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, langkah itu berikutan bekalan ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada rakyat khususnya yang tinggal di bandar.

Menurutnya, Q’Fish kini menjadi alternatif kepada masyarakat di bandar kerana ia bebas daripada bahan pengawet, menggunaka­n teknologi dari Jepun serta kaedah pembungkus­an yang mudah untuk disimpan.

“Dengan sambutan menggalakk­an, kita akan menambah bekalan ikan ini bagi pasaran seluruh negara selain mewujudkan kios jualan Q’Fish dan bercadang meluaskan jualannya menerusi pelbagai kaedah lain.

“Ia termasuk jualan di Kedai Rakyat 1Malaysia, malah dijual menggunaka­n mesin layan diri yang boleh ditempatka­n di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan Bangunan UMNO Kuala Selangor di sini, semalam.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, jualan Q’Fish hingga kini hanya dibuat di beberapa lokasi terpilih seperti di pasar tani dan lokasi program sentuhan rakyat yang dianjurkan di seluruh negara.

Kira-kira 1,000 penduduk membanjiri program itu yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan harga lebih murah daripada pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia