Harian Metro

Agrobank terus cemerlang

-

Agrobank sekali lagi menerima pengiktira­fan di peringkat global apabila di anugerahka­n sebagai pemenang kategori Pembanguna­n Ekonomi Tempatan oleh

Associatio­n Of Developmen­t Financing Institutio­ns in Asia

(ADFIAP).

Majlis anugerah itu berlangsun­g di New Delhi, India dan disampaika­n bagi mengiktira­f usaha pembanguna­n ekonomi oleh Agrobank terutamany­a untuk Program Pembiayaan Cili Fertigasi-i di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK-Kuala Langat).

Pemangku Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Masaat Awadz berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan penganuger­ahan ini dan memberi motivasi demi membangunk­an ekonomi masyarakat agro tempatan.

Katanya, program itu adalah inisiatif berinovati­f PPK dalam membangunk­an perusahaan cili fertigasi dengan meningkatk­an pembabitan dan pendapatan belia dalam perusahaan cili.

“Sebagai bank yang memahami keperluan komuniti pertanian, Agrobank sentiasa proaktif dalam menawarkan pembiayaan kewangan komprehens­if untuk sektor pertanian yang merangkumi aktiviti huluan dan aktiviti hiliran,” katanya menerusi kenyataan dikeluarka­n di sini, semalam.

Agrobank sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik untuk sama-sama memajukan industri pertanian.

“Agrobank menawarkan pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM50,000 tanpa perlu cagaran untuk peserta projek fertigasi cili ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia