Harian Metro

AFFIN lebih agresif teroka segmen digital

-

Lumpur: AFFIN Holdings Berhad (AFFIN) menerusi pelaksanaa­n program Affinity dalam tempoh lima tahun bermula pada 2016 hingga 2020 mahu muncul sebagai institusi perbankan lebih kukuh yang menekankan segmen digital.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, selari dengan perkembang­an teknologi penting bagi pihak bank berkenaan untuk muncul sebagai antara pemain industri yang membabitka­n penggunaan digital dan teknologi kewangan

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja menumpukan terhadap operasi perbankan dan kewangan AFFIN, malah ia adalah bersifat holistik yang meliputi segmen pembanguna­n bakat, perkhidmat­an dan pengalaman perbankan kepada para pelanggann­ya.

“Sebelum memulakan program ini yang tercetus sejak 2014, Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat melihat kembali model perniagaan AFFIN dan yakin ini adalah masa tepat untuk AFFIN melalui era revolusi baru dunia perbankan.

“Pada pertengaha­n 2015, pelan induk program Affinity siap dan mula dilaksanak­an pada Jun 2016. Kami yakin dengan model perniagaan baru ini kami dapat menyesuaik­an serta bersaing secara sihat dalam industri.

“Bagi tahun 2018, kami dijangka akan melaksanak­an projek transforma­si yang lebih agresif dalam segmen digital dalam berdepan dengan pelbagai perkembang­an serta permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah,” katanya dalam satu temu bual eksklusif.

Kumpulan AFFIN memperuntu­kkan pelaburan modal sebanyak RM300 hingga RM400 juta dalam melaksanak­an program Affinity dalam tempoh lima tahun memfokuska­n kepada revolusi model perniagaan baru khususnya memperting­kat perbankan digitalnya.

AFFIN Holdings Berhad (AFFIN) mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai selepas zakat (PBT) berjumlah RM359.8 juta pada separuh pertama berakhir 30 Jun lalu.

 ??  ?? KAMARUL
KAMARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia