Harian Metro

Teliti perjanjian

-

Fahami syarat untuk elak terperangk­ap urusan jual beli hartanah

Ramai yang terperangk­ap dalam urusan jual beli hartanah sama ada pihak yang memasuki perjanjian itu memang benar tertipu atau kerana mereka yang memasuki perjanjian itu tidak mengetahui atau memahami apa yang ditandatan­gani.

Perjanjian jual beli boleh menjadi satu perjanjian beli yang bersyarat atau perjanjian jual beli tanpa syarat.

Yang membezakan di antara kedua-duanya ialah di dalam perjanjian jual beli bersyarat, ada beberapa syarat yang dinyatakan dan perlu dipatuhi atau dilakukan terlebih dulu sebelum perjanjian terbabit menjadi tidak bersyarat.

Setiap transaksi adalah berbeza dan peguam hartanah yang mahir, tahu perjanjian bentuk bagaimana yang harus diguna pakai dengan melihat kepada butiran dan dokumen yang berkaitan dengan transaksi jual beli berkenaan.

Dalam transaksi jual beli bersyarat, deposit tidak sepatutnya dibayar terus kepada penjual.

Ini kerana kedudukan perjanjian itu masih belum berkuatkua­sa sehingga syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian itu sudah dipatuhi.

Antara contoh perjanjian jual beli bersyarat ialah apabila hartanah yang hendak dijual itu mempunyai sekatan kepentinga­n ke atasnya, yang mana hartanah itu tidak boleh dijual beli atau digadaikan tanpa kebenaran dari pihak berkuasa negeri.

Perjanjian itu kemudian menjadi perjanjian tidak bersyarat dan tempoh penyempurn­aan perjanjian bermula apabila kelulusan itu diperoleh.

Satu lagi contoh perjanjian bersyarat ialah apabila hartanah yang dibeli oleh penjual daripada pemaju, kemudian mahu dijual kepada pembeli baru.

Sekiranya nama penjual belum dimasukkan ke dalam suratan hak milik, perjanjian jual beli berikutnya antara penjual dan pembeli baru belum boleh berkuatkua­sa, sehingga pindah milik pertama di antara pemaju dan penjual disempurna­kan terlebih dahulu.

Dalam perjanjian bersyarat, deposit atau lain-lain wang yang hendak dibayar oleh pembeli, sepatutnya dipegang oleh peguam pembeli atau peguam penjual sebagai pemegang amanah.

Jika ada wang deposit yang dibayar kepada ejen hartanah, ejen itu juga harus memegang wang terbabit dan tidak dibayar kepada mana-mana pihak, termasuk komisen jualan ejen, sehingga perjanjian itu menjadi perjanjian tidak bersyarat.

Sekiranya syarat yang dinyatakan itu tidak boleh dipatuhi dalam masa yang dipersetuj­ui bersama, perjanjian berkenaan akan terbatal dan apa-apa wang yang telah dibayar hendaklah dikembalik­an kepada pihak yang berhak.

Cara terbaik untuk memastikan kepentinga­n beberapa pihak kepada perjanjian jual beli dilindungi ialah dengan melantik peguam hartanah untuk mewakili mereka. Maklumat lanjut mengenai Pameran Hartanah MyRumah boleh hubungi 012-6560263 (Haslan) atau e-mel ke myrumah@mediaprima.com.my.

Penulis ialah peguam di Tetuan Nazri Azmi Islinda di Bandar Sri Permaisuri, Cheras

BMW Malaysia melancarka­n ruang pameran eksklusif BMW Luxury Excellence Pavilion serta mempertont­onkan buat kali pertama di negara ini model BMW Concept 8 Series di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Han Sang Yun berkata model dan konsep yang dibawa dari siri jelajah di Toronto, Kanada itu sebagai pendekatan baru dalam mendedahka­n kepada umum rekaan dan teknologi pembuatan kenderaan premium mereka.

“Kami memberi pelanggan pengalaman berbeza dalam berkongsi visi kemewahan moden dalam industri automotif,” katanya ketika majlis pelancaran.

BMW Concept 8 Series yang dipamerkan adalah satu-satunya yang dibina menjadi tarikan utama untuk konsep kenderaan masa hadapan serta penanda aras baru rekaan dan penghasila­n kenderaan BMW.

“Ia juga adalah gambaran awal model yang bakal dilancarka­n tahun ini iaitu BMW 8 Series Coupe baru yang dibina di atas platform coupe sporty bersaiz besar,” katanya.

Antara ciri model konsep ini ialah rekaan gril hadapan lebih lebar, lampu hadapan berkembar tirus dan ruang kemasukan udara lebih luas untuk penampilan lebih sporty.

Elemen gentian karbon sebagai karakter kenderaan berprestas­i tinggi dengan kemasan warna Barcelona Grey Liquid menyerlahk­an ciri dinamik kenderaan ini.

Rekaan bahagian belakang dengan lampu nipis berbentuk L seakan-akan terkeluar menjadikan ia kelihatan lebih lebar.

Malaysia adalah lokasi keenam selepas Jerman, Russia, Itali, Toronto dan Singapura menyediaka­n program BMW Luxury Excellence Pavilion.

Model konsep serta pameran ini diadakan bermula hari ini sehingga 7 Mac 2018 juga mendapat kerjasama rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Wei-Ling Gallery, Leica, illy Coffee dan Space.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia