Harian Metro

Tambah 20 rangkaian Domino’s Pizza

-

Jaya: Dommal Food Services Sdn Bhd, pemegang francais utama Domino’s Pizza bakal meluaskan lagi rangkaiann­ya dengan membuka 20 cawangan baru sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, menerusi pembukaan cawangan baru itu, pihaknya optimis mencatatka­n pertumbuha­n jualan 20 peratus tahun ini.

Katanya, meskipun dalam situasi ekonomi dan pasaran yang perlahan, pihaknya percaya syarikat mampu mencatatka­n pertumbuha­n lebih baik.

“Tahun lalu, situasi terbabit tidak menghalang kami untuk mencatatka­n prestasi baik dan kami turut mencatatka­n pertumbuha­n yang lebih agresif sejak dua tahun lalu melalui pembukaan cawangan baru,” katanya pada pelancaran Domino’s Pizza Samyeang di sini.

Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran jenama piza Domino’s terbesar di rantau Asia Tenggara dan ia kini membuka 216 cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya merancang membuka 20 cawangan baru tahun ini dengan kos pelaburan sebanyak RM500,000 bagi setiap cawangan.

Sementara itu, Domino’s Pizza melancarka­n menu terbaru dikenali Domino’s Samyeang Pizza yang diinspiras­ikan daripada minat rakyat Malaysia terhadap makanan dari Korea.

Menu itu dibahagika­n kepada tiga variasi iaitu Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang yang dihasilkan khas bagi menawarkan gabungan rasa manis, pedas dan sederhana.

Domino’s Pizza turut memperkena­lkan Ayamhaseyo Chicken Wings iaitu sayap ayam yang dibakar dengan salutan luar daripada sos Samyeang.

 ??  ?? SHAMSUL Amree (lima dari kiri) bersama kakitangan Domino’s dan penari Samyeang melancarka­n Domino’s pizza Samyeang baru berperisa Korea.
SHAMSUL Amree (lima dari kiri) bersama kakitangan Domino’s dan penari Samyeang melancarka­n Domino’s pizza Samyeang baru berperisa Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia