Harian Metro

KEPALA DALAM BEG

- AFP

Sekumpulan anggota polis yang menyerbu sebuah apartmen yang didiami seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila menemui kepala wanita di dalam beg pakai a n.

Kepala itu dipercayai seorang wanita Jepun berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini dan dikesan bersama lelaki terbabit di sebuah apartmen lain pada awal bulan lalu, lapor stesen penyiaran NHK.

Bagaimanap­un, polis tidak menemui anggota tubuh mangsa yang lain.

Wanita terbabit kali terakhir dilihat berjalan bersama suspek berusia 26 tahun itu sebelum lelaki terbabit ditahan polis pada minggu lalu untuk disoal siasat.

Polis menahan lelaki itu selepas keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan­nya.

Namun, jurucakap polis enggan memberi pengesahan mengenai penemuan mengerikan itu.

Mangsa sebelum itu dikatakan sempat memberitah­u rakannya bahawa dia akan ke Osaka untuk bertemu seorang lelaki yang dikenali menerusi satu aplikasi sosial.

Media tempatan melaporkan ada satu rakaman daripada kamera pengawasan yang menunjukka­n seorang wanita memasuki apartmen bersama lelaki terbabit.

Selepas itu suspek dirakam keluar masuk dari kediaman berkenaan secara bersendiri­an beberapa kali dengan membawa beg besar.

Menurut akhbar Asahi Shimbun, lelaki itu berasal dari New York dan dilaporkan datang ke Osaka sebagai pelancong pada Januari lalu.

 Lelaki Amerika ditahan disyaki bunuh, penggal wanita

 ??  ?? ANGGOTA polis Jepun menyiasat apartmen lokasi kepala wanita ditemui dalam beg. Gambar kiri, rakaman CCTV mangsa bersama lelaki disyaki. - AFP
ANGGOTA polis Jepun menyiasat apartmen lokasi kepala wanita ditemui dalam beg. Gambar kiri, rakaman CCTV mangsa bersama lelaki disyaki. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia