Harian Metro

Ghouta terus dibom

- AFP

 Gencatan senjata PBB gagal hentikan kekejaman Syria

Tentera Syria melancarka­n beberapa serangan terbaru di Ghouta Timur semalam walaupun Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak satu gencatan senjata untuk menamatkan antara serangan paling berdarah dalam perang saudara berkenaan.

Selepas usaha diplomatik selama beberapa hari, Majlis Keselamata­n kelmarin mengeluark­an satu resolusi mendesak gencatan senjata 30 hari di Syria bagi membolehka­n penghantar­an bantuan dan pemindahan perubatan dilakukan.

Beberapa kumpulan penentang utama di Ghouta Timur di mana 500 orang terbunuh sejak serangan udara bermula seminggu lalu, menyambut baik resolusi itu dan berjanji untuk mematuhi gencatan senjata berkenaan.

Bagaimanap­un, dua kumpulan penentang utama, Jaish al-Islam dan Faylaq al-Rahman berikrar untuk meneruskan peperangan sekiranya serangan berterusan.

Kempen serangan udara di wilayah itu antara yang paling buruk dalam perang selama tujuh tahun dalam usaha Presiden Bashar al-Assad untuk terus berkuasa.

Di Douma, bandar utama di Ghouta Timur, serangan udara dan artileri pada awal pagi semalam menyebabka­n penduduk terjaga dari tidur, lapor wartawan AFP di bandar itu.

Kumpulan penentang masih bertahan di wilayah itu yang mempunyai seramai 400,000 penduduk dan kini dikepung oleh kawasan yang dirampas semula tentera Syria menyebabka­n orang awam tidak dapat melarikan diri.

Tentera Syria yang dibantu Russia dan Iran melancarka­n serangan udara dan artileri di wilayah berkenaan sejak 18 Februari lalu.

Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia melaporkan, sejak serangan bermula, sekurang-kurangnya 520 orang terbunuh termasuk lebih 100 kanak-kanak.

Menurut agensi itu, serangan roket dan artileri turut mengenai sekurang-kurangnya tiga kawasan di Ghouta Timur termasuk Douma semalam menyebabka­n seorang wanita terbunuh di bandar Hammuriyeh.

Agensi itu yang menggunaka­n rangkaian sumber di seluruh Syria bagi memantau konflik berkenaan.

 ??  ?? SEORANG anggota penyelamat berlari keluar dari sebuah bangunan yang terkena serangan udara tentera Syria di bandar Saqba di wilayah Ghouta. - AFP
SEORANG anggota penyelamat berlari keluar dari sebuah bangunan yang terkena serangan udara tentera Syria di bandar Saqba di wilayah Ghouta. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia