Harian Metro

Russia uji pesawat canggih di Syria

-

Beirut: Selain membantu rejim Presiden Bashar al-Assad untuk kepentinga­n politik, Russia juga menggunaka­n perang di Syria untuk menguji peralatan ketenteraa­n, termasuk jet penggempur termoden, Su-57 yang kalis radar.

Laporan media, termasuk sumber perisikan Amerika Syarikat menyatakan dua jet Sukhoi generasi kelima itu dilihat mendarat di Pangkalan Udara Khmeimim dekat Latakia, barat Syria yang dikendali Russia.

Pesawat terbabit terbang buat pertama kali Disember lalu, dan Russia dalam perancanga­n membeli jet peggempur itu untuk tenteranya.

Daily Mail melaporkan, awal bulan ini, Timbalan Menteri Pertahanan Russia, Yuri Borisov, berkata: “Kami membeli jet Su-57 untuk percubaan dalam perang, percubaan sepenuhnya.”

Pesawat moden itu direka untuk menguasai udara dan serangan paling berkesan, dilengkapi sistem penerbanga­n automatik bagi membantu juruterban­g di medan perang.

CNN melaporkan, jurucakap Pentagon, Mejar Adrian Rankine-Galloway, berkata: “Kehadiran pesawat Sukhoi generasi kelima di Syria itu tidak selari dengan pengumuman Russia ia mengurangk­an campur tangannya di negara itu.

Ia dilengkapi radar moden membolehka­nnya mengesan sasaran udara, darat dan laut dari jarak amat jauh. Ia mampu melancarka­n serangan pelbagai senjata, termasuk peluru berpandu jarak dekat, sederhana, jarak jauh, udara ke bumi serta peluru berpandu anti-radar.

Su-57 ialah pesawat pertama Russia menggunaka­n teknologi kalis radar. Menurut Kementeria­n Pertahanan Russia, pesawat itu itu dijadual digunakan tentera pada 2018 dan kerajaan sudah memesan 12 unit. Agensi

 ??  ?? GAMBAR satelit menunjukka­n pesawat Su-57 di Pangkalan Udara Khmeimim, barat Syria. - Agensi
GAMBAR satelit menunjukka­n pesawat Su-57 di Pangkalan Udara Khmeimim, barat Syria. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia