Harian Metro

Rumah terbakar guna bom asap halau skunk Sridevi meninggal dunia

- AFP

Syarikat): Tindakan seorang lelaki yang menggunaka­n bom asap untuk menghalau skunk yang bersarang di kolong rumahnya membawa padah apabila kediamanny­a hampir musnah akibat terbakar.

Ketua bomba Ferndale, P Sullivan berkata, pada pagi Isnin lalu pihaknya menerima panggilan mengenai sebuah rumah yang terbakar.

Menurutnya, ketika bomba tiba kebakaran sudah merebak dari kolong hingga ke tingkat satu rumah berkenaan.

“Pemilik rumah memberitah­u dia menghadapi masalah skunk yang bersarang di kolong rumahnya sejak beberapa bulan dan cuba menghalau haiwan itu menggunaka­n bom asap.

“Pada mulanya semuanya berjalan lancar tetapi secara tiba-tiba bom asap itu mengeluark­an api dan menyebabka­n kolong itu terbakar.

“Rumah itu dipercayai terbakar selama 15 minit sebelum lelaki berkenaan menghubung­i bomba,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabka­n sebahagian rumah itu rosak teruk dan hampir semua barangan milik pemilik kediaman itu tidak dapat diselamatk­an.

“Kami menasihati orang ramai supaya mendapatka­n khidmat kawalan serangga profesiona­l sekiranya berdepan masalah seperti ini dan jangan melakukan sesuatu yang membahayak­an,” katanya.

Bagaimanap­un, nasib skunk itu tidak diketahui dan Sullivan memberitah­u, tiada bangkai haiwan ditemui di lokasi kejadian. Agensi

Bintang ternama Bollywood, Sridevi Kapoor meninggal dunia malam kelmarin, akibat serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwina­n anak saudaranya di Dubai.

Pemergian mengejut aktres berusia 54 tahun itu diratapi peminat dan pelakon Bollywood.

“Saya kehilangan kata-kata. Takziah untuk semua yang menyayangi beliau. Hari yang menyedihka­n. RIP,” kata aktres Priyanka Chopra menerusi akaun Twitternya.

Sridevi atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayappan memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia empat tahun dan terus bertahan empat dekad selepas itu.

Pelakon itu membintang­i kira-kira 300 filem dan jejaknya diikuti anak perempuann­ya, Jhanvi.

Beliau berlakon dalam filem Tamil, Telugu dan Malayalam sebelum melonjak sebagai bintang Bollywood pada 1979.

Beliau pernah membintang­i pelbagai filem pecah panggung, termasuk Chandni, Mr India, Mawali, Tohfa dan Nagina.

Sridevi dikurniaka­n

 Bintang Bollywood diserang sakit jantung ketika hadiri majlis perkahwina­n di Dubai

anugerah Padma Shri, iaitu anugerah keempat tertinggi khusus untuk orang awam, hasil sumbangann­ya dalam industri perfileman India.

Anggota polis mengawal keadaan di luar rumahnya di Lokhandwal­a, Mumbai yang dibanjiri peminat, menunggu ketibaan mayatnya.

 ??  ?? SRIDEVI
SRIDEVI
 ??  ?? ANGGOTA bomba tiba di rumah lelaki itu yang terbakar selepas dia cuba menghalau skunk menggunaka­n bom asap. - Agensi
ANGGOTA bomba tiba di rumah lelaki itu yang terbakar selepas dia cuba menghalau skunk menggunaka­n bom asap. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia