Harian Metro

DAKI RANKING KE-8

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Juara keirin dunia, Azizulhasn­i Awang mendapat suntikan semangat menjelang Kejohanan Trek Dunia di Belanda apabila kembali menempatka­n dirinya dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

Menerusi kemaskini terbaru Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) dalam acara keirin, pelumba bergelar The Pocket Rocketman itu berada di kedudukan kelapan, melonjak 11 anak tangga berbanding sebelum ini.

Ia hasil pencapaian­nya meraih gangsa dalam acara keirin pada Kejohanan

(gambar)

Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional yang berakhir minggu lalu dengan kini mengumpul 1,981 mata.

Tujuh kedudukan teratas didominasi pelumba Eropah dengan Andrii Vynokurov dari Ukraine berada di ranking pertama mengumpul 2,875 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom melonjak 12 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-11 dunia.

Kedua-dua pelumba elit negara itu dijadual menyertai Kejohanan Trek Dunia di Velodrom Omnisport di Apeldoorn, Belanda yang bermula Khamis ini.

Azizul akan menyertai acara keirin dan pecut individu manakala Shah Firdaus beraksi dalam acara keirin.

Azizul berlepas ke Belanda dengan reputasi gah melebur rekod baru Asia dalam aksi kelayakan pecut individu dengan masa 9.774 saat.

Ia menamatkan penantian lebih 10 tahun untuknya melakarkan masa di bawah 10 saat dengan jejaknya diikuti Shah Firdaus yang turut melakarkan 9.977s di ACC.

Pelumba kelahiran Terengganu

 The Pocket Rocketman berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik dunia

itu melahirkan keyakinan persiapann­ya berada di landasan tepat bagi mempertaha­nkan gelaran keirin dunia yang dimenangin­ya di Hong Kong tahun lalu.

 ??  ?? SHAH Firdaus
SHAH Firdaus
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia