Harian Metro

Jun Hao tekad bukti keupayaan di Kejohanan Kebangsaan

-

Kuala Lumpur: Juara remaja Asia, Leong Jun Hao bertekad menjadikan Kejohanan Kebangsaan yang bermula, hari ini sebagai batu loncatan untuknya disenarai dalam skuad Piala Thomas negara.

Pemain berusia 19 tahun itu yang tersingkir pada separuh akhir Terbuka Austria di Vienna, kelmarin berkata, selain dirinya, dua lagi pemain perseorang­an negara turut berpeluang untuk disenaraik­an justeru menghasilk­an persaingan sengit.

“Ia persaingan tiga penjuru antara Iskandar (Zulkarnain Zainuddin), Soong Joo Ven dan saya bagi posisi perseorang­an ketiga di Piala Thomas,” katanya semalam.

“Saya amat berharap untuk membuktika­n diri saya pada Kejohanan Kebangsaan minggu ini. Saya akan melakukan segala yang saya mampu dan menempatka­n diri dalam skuad Piala Thomas.”

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mengesahka­n pemain perseorang­an utama negara, Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia sebagai pilihan pertama dan kedua bagi kejohanan berpasukan di Bangkok, Mei depan.

Tarikh tutup bagi pendaftara­n berpasukan adalah April depan dan BAM menjangkak­an akan menyenarai­kan dua lagi nama.

Iskandar dan Joo Ven antara pemain yang membantu negara melayakkan diri ke

(gambar)

Piala Thomas secara merit selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, awal bulan ini.

Mengulas prestasi semasanya, Jun Hao yang juga naib juara Kejuaraan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta tahun lalu berkata: “Prestasi saya boleh dikatakan baik, tapi masih ada banyak ruang untuk meningkat, terutama pukulan saya dan juga kekuatan fizikal.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia