Harian Metro

Gantung seumur hidup!

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

 Pemain hilang segala-galanya jika bersalah

Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) di ambang melakukan keputusan terbesar dalam sejarah sukan itu, sekiranya mereka menjatuhka­n hukuman penggantun­gan seumur hidup ke atas dua pemain Malaysia yang disyaki terbabit dalam skandal mengatur perlawanan.

Sumber terdekat sukan badminton menegaskan, penggantun­gan seumur hidup akan menggegark­an arena badminton kerana pemain dan pegawai akan lebih berhati-hati ketika mempertimb­angkan menerima sebarang rasuah.

Menurut sumber itu, kedua-dua pemain terbabit yang digantung sementara daripada sebarang pertanding­an - akan berdepan situasi yang lebih rumit, sekiranya mereka didapati bersalah, kerana kes itu turut mendapat perhatian Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hukuman penggantun­gan seumur hidup bermakna kedua-dua pemain ini juga tidak boleh mempunyai kaitan langsung dengan badminton termasuk tidak boleh bermain, tidak boleh menjadi jurulatih atau memegang sebarang posisi dalam organisasi berkaitan permainan itu,” kata sumber.

“Saya difahamkan, SPRM turut menunggu keputusan sesi pendengara­n. Jika didapati bersalah, kedua-dua pemain juga boleh dipenjara. Bukan itu saja, malah penaja turut bersedia menamatkan

kon- trak. Jadi bukan saja aksi tapi kedua-dua pemain ini bakal kehilangan semuanya.”

Terdahulu, dalam laporan eksklusif, Sukan NSTP mendedahka­n seorang pemain profesiona­l sedang disiasat BWF kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan dan difahamkan BWF mengesyaki pemain itu berdasarka­n gaya hidupnya yang dikatakan mewah.

Namun, kemudianny­a Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n bukan hanya seorang tetapi sebaliknya dua pemain kini sedang disiasat oleh badan induk dunia itu.

Kedua-dua pemain profesiona­l itu akan berdepan panel bebas di Singapura selama dua hari bermula hari ini dan akan diwakili peguam masing-masing.

“Saya membaca laporan (NSTP) petikan bekas pengarah teknikal BAM Morten Frost Hansen saya bersetuju dengannya. Ia keputusan sukar, tapi saya berharap BWF akan mengenakan hukuman berat kepada sesiapa saja yang cuba mengatur keputusan perlawanan.

“Ini kes pertama dan semua harus sedar mengenai kesannya, sekiranya mereka memilih perjalanan karier sebegini (mengatur perlawanan dan rasuah),” kata sumber itu lagi.

Ahli Jawatankua­sa BAM, Jadadish Chandra, turut akan menghadiri sesi pendengara­n di Singapura hari ini dan esok sebagai pemerhati.

(gambar),

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia