Harian Metro

SMSM bikin kejutan

- Razif Rosli news@bh.com.my

 Cuaca terik tak jejas rentak benam juara bertahan SSTMI

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing (SMSM) mengejutka­n juara bertahan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pada aksi final Kejohanan Ragbi Premier 7 Sebelah MCKK (Premier 7’s MCKK) semalam.

Pasukan yang dibimbing Zulkefli Mohd Amin itu beraksi cemerlang membenam hasrat SSTMI untuk muncul juara kali kelima apabila menang tipis 14-12.

Kejayaan itu membolehka­n SMSM yang menduduki tempat ketiga tahun lalu menjulang Trofi NJ Ryan buat kali pertama.

Tuan rumah, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pula berpuas hati di tangga ketiga selepas menang tipis 10-7 ke atas Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kejohanan selama tiga hari itu turut menerima kunjungan Tunku Datuk Seri Kamel Tunku Rijaludin mewakili Sultan Perak bagi menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Pada perlawanan itu, cuaca panas terik tidak menjejaska­n rentak permainan SMSM apabila berjaya di hadapan menerusi try Muhamad Faiq Aslah Mohd Satar diikuti conversion.

SSTMI kemudian bangkit melancarka­n serangan dan berjaya melakukan try menerusi Mohd Nor Faisol Arshad, namun kesilapan mereka membolehka­n SMSM melebarkan jurang mata menerusi try Muhamad Faiq Aslah untuk mendahului 14-5.

Tidak mudah mengaku kalah, semangat juang tinggi dipamerkan pemain SSTMI berhasil merapatkan jurang di minit terakhir menerusi try Faiq namun gagal mengekang SMSM untuk dinobatkan juara baru tahun ini.

Jurulatih SMSM, Shafie Buang, menyifatka­n disiplin tinggi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang permainan adalah kunci utama kemenangan.

“Komitmen semua pemain saya mempengaru­hi kejayaan mengekalka­n rekod bersih tanpa kalah sepanjang kejohanan ini.

“Ini hadiah buat ketua jurulatih kami yang banyak mencurah khidmat bakti dalam memastikan kemenangan kali ini,” katanya.

Sementara itu, pada perlawanan akhir kategori Plate, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOM) menewaskan Maktab Tentera Diraja (RMC) 29-0 untuk muncul juara.

Bagi kategori Shield, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) muncul juara selepas menewaskan MRSM Kuala Terengganu (MRSMKT) 14-12 di final.

Kategori Bowl pula menjadi milik Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) yang menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 24-19.

 ??  ?? PEMAIN SMSM muncul juara Kejohanan Ragbi Premier 7 Sepasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar.
PEMAIN SMSM muncul juara Kejohanan Ragbi Premier 7 Sepasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia