Harian Metro

Fairul intai emas Sukan Komanwel

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet boling padang negara Fairul Izwan Abdul Muin enggan mensia-siakan penampilan kelimanya pada Sukan Komanwel apabila bertekad mengintai kilauan emas pertamanya pada temasya itu kali ini.

Bermula dengan penampilan pertama pada edisi 2002 tanpa sebarang pingat, dia membaiki pencapaian­nya pada 2006 dengan mara hingga ke suku akhir.

Ia disusuli gangsa pada 2010 di New Delhi sebelum perak empat tahun lalu di Glasgow.

“Jadi kali ini saya berharap rezeki akan memihak kepada saya untuk meraih pencapaian lebih baik selepas mengharung­i persiapan yang cukup rapi,” jelasnya.

Dia antara lima atlet lelaki yang terpilih ke Gold Coast selain Hizlee Abdul Rais, Zulhilmie Redzuan, Soufi Rusli, Syamil Syazwan Ramli dengan temasya itu akan menawarkan 10 emas secara keseluruha­n.

“Tiada perasaan gugup kerana kami sering beraksi dengan pasukan yang lebih kuat termasuk Australia dan New Zealand dalam perlawanan ujian.

“Cuma bagi saya sendiri, terdapat satu atau dua perkara perlu diperbaiki bagi memastikan keputusan positif dicapai nanti. Antaranya fokus sepanjang tempoh perlawanan kerana ia membabitka­n masa yang panjang,” katanya.

Selain pasukan lelaki, skuad negara kendalian Simon Botha turut menyenarai­kan lima pemain wanita diketuai Siti Zalina Ahmad, Emma Firyana Siroji, Azlina Arshad, Nur Fidrah Noh dan Auni Fathiah Khamis.

 ??  ?? AKSI Fairul di KL2017.
AKSI Fairul di KL2017.
 ?? Fairul Izwan Abdul Muin ?? Kali ini saya berharap rezeki akan memihak kepada saya untuk meraih pencapaian lebih baik selepas mengharung­i persiapan yang cukup rapi”
Fairul Izwan Abdul Muin Kali ini saya berharap rezeki akan memihak kepada saya untuk meraih pencapaian lebih baik selepas mengharung­i persiapan yang cukup rapi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia