Harian Metro

32 peserta sertai permainan woodball

-

Bukit Mertajam: Seramai 32 pemain yang terdiri daripada ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin menyertai Liga Woodball Tun Syed 2018 di padang sekolah itu, baru-baru ini.

Liga yang dijalankan serentak dengan majlis ramah mesra ibu bapa pelajar Tingkatan 1 itu bertujuan memperkena­lkan sukan woodball kepada komuniti baru di sekolah itu.

Pengetuany­a Jamaludin Yaakob berkata, sekolah itu memilih sukan woodball sebagai medium buat ibu bapa pelajar berkumpul dan beriadah sambil membincang­kan hal berkaitan pelajaran anak-anak mereka.

Beliau berkata, di samping memperkena­lkan sukan woodball dalam kalangan ibu bapa pelajar, sukan woodball juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulu­m sekolah dan ia memberi lebih pilihan kepada pelajar untuk memilih sukan yang ingin diceburi.

“Kepada ibu bapa yang hadir hari ini, anda hanya perlukan sebatang pemukul dan sebiji bola kayu yang kosnya berharga lebih kurang RM500. Yang penting jika berminat anda boleh mencubanya dan selepas itu baru berfikir mengenai membeli peralatann­ya pula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara penyampaia­n hadiah kepada pemenang Liga Woodball Tun Syed Siri 1/2018 di Astaka Padang Tun Syed di sini.

Bagi kategori individu lelaki, Mohd Roshidi Ahmad muncul juara apabila mencatat 129 pukulan mengatasi Nizar Othman dan Muhammad Razak Naina di tempat kedua bersama dengan 131 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori individu wanita, Asrina Nayan muncul juara dengan 161 pukulan meninggalk­an Saidatunba­driah Khalid di tempat kedua dengan 172 pukulan dan Rose Hanita Abdul Hadi di tempat ketiga dengan 175 pukulan.

 ??  ?? PESERTA Liga Woodball Tun Syed 2018 bergambar kenangan.
PESERTA Liga Woodball Tun Syed 2018 bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia