Harian Metro

Shahiran, Fairul juara

- Farah Suhaidah Othman sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Beraksi dengan rakan beregu yang baru dikenali dan tidak berlatih bersama untuk menyertai kejohanan pasti berdepan pelbagai cabaran.

Begitulah dihadapi seramai 58 pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Beregu Jemputan Media Perak 2018 di Gelanggang Badminton YMCA di sini, baru-baru ini.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSK Media Perak) dengan kerjasama Kelab Badminton Media (Media BC) serta Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan RTM Perak membabitka­n tiga kategori iaitu beregu lelaki, wanita dan campuran.

Mohamad Shahiran dan Mohd Fairul Aswad Abdul Hamid menewaskan gandingan Ilya Faruq (Penerangan) dan peserta jemputan, Mohd Yusni Che Yom 24-22, 21-13 pada perlawanan akhir beregu lelaki.

Kategori beregu wanita dimenangi pemain jemputan, Christine Wong dan Ros Idayu Abd Rahim malah Christine turut beraksi cemerlang dengan koordinato­r jurugambar NSTP Perak, Effendy Rashid untuk muncul juara beregu campuran.

Hadir sama menyaksika­n kejohanan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof @ Mokhles dan Pengarah Penyiaran RTM Perak, Sabri Mansor.

Juara membawa pulang wang tunai RM250, barangan Pamoga QuPuteh, raket badminton jenama Apacs serta pingat manakala kedua menerima RM150, barangan Pamoga QuPuteh, beg Fleet dan pingat sementara ketiga dan keempat menerima saguhati RM50, pingat, stokin serta grip raket.

Program sehari itu mendapat kerjasama dan tajaan Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri, Pamoga QuPuteh, kedai sukan AUSC dan individu perseorang­an.

 ?? FOTO: ?? PEMENANG pelbagai kategori bergambar dengan hadiah masing-masing.
FOTO: PEMENANG pelbagai kategori bergambar dengan hadiah masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia