Harian Metro

Ecclestone ramal F1 Vietnam 2020

-

London: Perlumbaan Formula Satu di Vietnam mungkin menjadi kenyataan pada 2020, menurut bekas supremo komersial sukan itu Bernie Ecclestone

“Saya fikir akan ada perlumbaan di Vietnam,” kata Ecclestone, 87, kepada media yang dijemput ke pejabat peribadiny­a

(gambar).

di tengah kota London untuk bercakap mengenai pelbagai isu menjelang musim baru bulan depan.

Jutawan Britain yang menggalas tugas ‘emeritus’ pada Januari tahun lalu selepas syarikat Amerika Syarikat, Liberty Media mengambil alih berkata, perlumbaan jalanan di Hanoi bakal menjadi kenyataan. Ecclestone yang khidmatnya terus ditagih Formula Satu dengan menerima gaji jutaan pound berkata, kerajaan Vietnam sedia membayar jumlah tertentu untuk mempromosi negara Asia Tenggara itu dengan menganjurk­an

>> Woods dua tahun tidak beraksi dalam Jelajah PGA akibat pembedahan belakang

Grand Prix.

“Mereka belum memeterai sebarang kontrak setakat apa yang saya tahu. Namun jika mereka sudah berbuat demikian ia akan mengambil masa dua tahun,” katanya.

Perlumbaan Grand Prix Malaysia digugurkan daripada kalendar selepas perlumbaan tahun lalu tetapi pemilik F1 sudah merancang untuk mengembang­kan sukan itu di China.

Dikatakan wujud perbincang­an dengan Thailand tetapi masih belum membuahkan hasil bagaimanap­un Vietnam sudah muncul sebagai pasaran penting untuk tajaan sukan global. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia