Harian Metro

List pendahulu

- Reuters

 Benam birdie pada lubang terakhir selepas pukulan hebat, Woods masih kekal dalam saingan

L(gambar)

uke List mencatat empat bawah par 66 untuk mendahului satu pukulan pada kejohanan Klasik Honda semalam ketika Tiger Woods yang mencatat 69 pukulan memastikan dirinya kekal dalam saingan.

List yang berkongsi kedudukan pendahulu kelmarin, membenam birdie pada lubang terakhir selepas melakukan pukulan hebat di bunker untuk mengumpul tujuh bawah par 203 keseluruha­n selepas tiga pusingan di PGA Nasional, Palm Beach Gardens, Florida.

Juara PGA, Justin Thomas (65) dan Webb Simpson (66) masing-masing ketinggala­n satu pukulan dengan pemain Britain, Tommy Fleetwood (67) dan pemain

Amerika Syarikat, Jamie Lo- vemark (68) satu pukulan di belakang mereka.

Pemain Sweden, Alex Noren juga berada dalam kelompok itu apbaila bangkit daripada 75 pukulan kelmarin untuk mencatat 65 pukulan, menamatkan saingan dengan eagle sekali gus mengumpul empat bawah par 206 keseluruha­n.

Woods yang membuat penampilan ketiganya dalam Jelajah PGA selepas dua tahun tidak beraksi akibat pembedahan belakang, melakukan birdie pada lubang terakhir untuk catatan 69 pukulan.

Dia berkongsi tangga ke-11 dengan par 210 keseluruha­n biarpun mencatat dua bogey pada lewat permainan.

“Biarpun saya membuat 69 pukulan, ia mungkin pusingan terbaik pernah saya buat hari ini,” kata juara kejohanan utama 14 kali itu.

“Saya membuat pukulan dengan baik. Sekurang-kurangnya saya meletakkan diri dalam kedudukan terbaik untuk permainan esok.”

Woods mempunyai beberapa peluang mencatat birdie namun hanya berjaya menyempurn­akan tiga daripadany­a di lubang kelapan, 13 dan 18.

“Perkara paling sukar adalah memasukkan bola ke lubang. Keadaan green sungguh mencabar.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia