Harian Metro

‘BIARLAH DIA TAMAK...’

- AFP

Liverpool, England

 Klopp puji keinginan tinggi Salah untuk hasilkan jaringan buat Reds

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memuji Mohamed Salah yang sentiasa dahagakan jaringan selepas pemain Mesir itu terus mempamerka­n kehebatann­ya ketika menewaskan West Ham 4-1 di Anfield.

Selepas menjaringk­an gol untuk enam perlawanan berturut-turut, Salah menjaringk­an 31 gol dalam semua pertanding­an musim ini dan sudah menyamai rekod Luis Suarez bersama Reds pada kempen 2013-14.

“Saya sukakan keinginan Mo terus menjaringk­an gol,” kata Klopp.

“Mo seorang pemain yang sentiasa tamak untuk melakukan jaringan.”

Salah turut membantu jaringan Emre Can untuk gol pembukaan menerusi sepakan sudut sebelum Roberto Firmino dan Sadio Mane turut mencatat nama selaku penjaring dalam hari penuh bermakna buat Liverpool yang berjaya melepasi 100 jaringan musim ini.

“Apabila saya bangun pagi ini, saya tidak menjangkak­an perlawanan seperti ini, ia perlawanan menarik untuk ditonton semua orang,” kata Klopp.

“Ia sungguh tegang, agresif, penuh dengan kemarahan dan keinginan. Saya lihat apa yang saya mahu saksikan dalam bola sepak dan bukan selalu anda dapat menyaksika­nnya.

“Kami juga menjaringk­an gol menerusi set-piece. Anda hanya bercakap dengan saya mengenai set-piece apabila kami menjadi mangsanya jadi bagus apabila menjaringk­annya dengan cara begitu.”

Kemenangan itu melonjakka­n Liverpool satu mata di atas Manchester United untuk berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, sekali gus memberi tekanan buat United dan Chelsea yang bertemu sesama sendiri di Old Trafford, lewat malam tadi.

“Adalah penting mendapatka­n mata seperti ini. Kami saling memberi tekanan kepada yang lain menerusi keputusan perlawanan. Itulah yang sepatutnya,” ujar Klopp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia