Harian Metro

Gabbiadini selamat maruah The Saints

-

London: Southampto­n berjaya melepasi zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris selepas Manolo Gabbiadini menjaringk­an gol penyamaan untuk seri 1-1 dengan Burnley, malam kelmarin.

Burnley hampir merekod kemenangan pertama selepas 10 perlawanan apabila Ashley Barnes menanduk masuk gol pendahulua­n pada babak kedua namun Southampto­n berjaya merebut satu mata daripada perlawanan itu.

Perlawanan di Turf Moor semakin sampai ke penghujung apabila Gabbiadini menyelinap untuk menyambut hantaran Guido Carrillo ke gawang lawan, biarpun Burnley berang selepas pengadil Bobby Madley secara tidak sengaja menghalang pergerakan pemain mereka Ashley Westwood ketika itu.

Southampto­n hanya melakar satu kemenangan daripada 15 aksi liga tetapi hanya tewas satu daripada enam perlawanan terakhir ketika pengurusny­a Mauricio Pellegrino memerhatik­an perlawanan itu.

“Satu mata diperoleh dan sudah pasti kami akan berdepan perlawanan penting selepas ini tapi seri sama penting seperti menang hari ini,” katanya.

Sebelum jaringan Gabbiadini pada minit ke-90, Southampto­n masih di kelompok tiga terbawah tetapi kini berada di depan Crystal Palace dan Swansea City menerusi perbezaan gol.

Burnley kekal di tangga ketujuh dengan 37 mata namun keputusan itu tetap mengecewak­an pengurus Sean Dyche.

“Permainan mereka baik, cukup baik untuk menang tiga mata. Kami hanya berjaya menambah satu mata,” katanya.

“Perlawanan ini bagai tidak menghasilk­an apa-apa, mereka berusaha keras tapi gagal mencipta peluang.” - Reuters

 ??  ?? JARINGAN Gabbiadini (kanan) lebur hasrat Burnley tamat kemarau kemenangan. BARNES (kanan) ledak gol Burnley.
JARINGAN Gabbiadini (kanan) lebur hasrat Burnley tamat kemarau kemenangan. BARNES (kanan) ledak gol Burnley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia