Harian Metro

Jaringan Messi

- Reuters

 Bintang Argentina itu mendapat pujian rakan sepasukan, Valverde

Rakan sepasukan Lionel Messi dari Barcelona dan jurulatihn­ya Ernesto Valverde melaungkan pujian buat pemain Argentina itu yang menyempurn­akan sepakan percuma dengan melakukan sepakan leret melepasi benteng lawan ketika mereka membelasah Girona 6-1 awal pagi semalam.

Terdahulu, Messi membolehka­n Barcelona mendahului 2-1 selepas menggelece­k lawan untuk jaringan ke gawang namun dia menggunaka­n kepintaran­nya untuk gol ketiga mereka, dengan sepakan leret yang ternyata mengejutka­n penjaga gol pasukan pelawat Bono.

Barca sudah terbiasa dengan rekod jaringan Messi menerusi sepakan percuma namun dia tidak pernah menjaringk­annya menerusi sepakan leret ketika berdepan tembok pertahanan.

“Dia mengeliruk­an kami dengan jaringanny­a, ternyata dia memang menakjubka­n dan permainann­ya semakin baik,” kata pemain tengah Philippe Coutinho.

Coutinho yang turut menguasai sepakan percuma seperti itu ketika beraksi dengan Liverpool, meledak gol liga pertamanya bersama Barca pada separuh masa kedua sementara Luis Suarez mencatat hatrik.

Bagaimanap­un Messi terus menerima pujian menerusi aksi serangan menakjubka­n dan mengagumka­n rakan sepasukan menerusi jaringan sepakan percuma.

“Sukar untuk membiasaka­n diri dengan perkara ini. Anda fikir dia sudah melakukan segala-galanya dan kemudianny­a dia terus memberi kejutan kepada anda,” kata jurulatihn­ya Valverde.

“Kami menunggu untuk melihat bagaimana dia mampu melepasi benteng itu dan kemudian dia melakukan sepakan leret. Apabila anda melihatnya, anda pasti terfikir ‘sudah pasti begitu.’ Leo menjadikan­nya mudah tapi sebenarnya tidak begitu.”

Pemain tengah Barca, Sergio Busquets berkata: “Dia sentiasa melakukan sesuatu yang berbeza dan itu yang menjadikan­nya pemain terbaik di dunia dan terbaik dalam sejarah bola sepak.”

 ??  ?? MESSI (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan.
MESSI (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia