Harian Metro

Bayern, Hertha terikat

-

Berlin: Robert Lewandowsk­i

dan Jupp Heynckes masing-masing terlepas peluang mencatat rekod apabila pendahulu Bundesliga, Bayern Munich terikat tanpa jaringan dengan Hertha Berlin di laman sendiri awal pagi semalam.

Di sebalik keputusan mengecewak­an itu, Bayern mendahului 20 mata di puncak liga ketika Borussia Dortmund di tangga kedua menanti kunjungan Augsburg awal pagi esok.

Selepas membelasah Besiktas yang beraksi dengan 10 pemain 5-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Selasa lalu, Hertha membuatkan Bayern bekerja keras untuk mengutip mata.

Ia kali pertama Bayern gagal menjaringk­an gol di laman sendiri dalam aksi Bundesliga sejak Mei 2015.

Rekod kemenangan 14 perlawanan berturut-turut yang dimiliki mereka dalam semua pertanding­an juga berakhir dan ia kali kedua mereka kehilangan mata musim ini di Arena Allianz.

“Kami boleh teruskan dengan satu mata, saya tidak salahkan pasukan. Kami mempunyai sikap yang bagus,” kata Heynckes.

“Kami memberikan sumbangan menyeluruh terutama pada babak pertama apabila mencipta beberapa peluang tapi memang sukar apabila berdepan pasukan yang sentiasa bertahan.

“Kami mensia-siakan banyak peluang ia sesuatu yang pelik, tapi anda berdepan hari sebegitu.”

Ia keputusan seri pertama buat Bayern sejak Oktober, seri 2-2 berdepan Hertha di Berlin, selepas aksi Liga Juara-Juara yang menyaksika­n kekalahan mereka kepada Paris Saint-Germain yang mengorbank­an kerjaya Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih. - AFP

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia