Harian Metro

Bakal tersingkir?

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Alfonso mungkin jadi pemain import pertama ditunjukka­n jalan keluar musim ini

Mungkinkah pemain tengah bertahan Selangor, Alfonso de la Cruz menjadi pemain import pertama yang akan ditunjukka­n jalan keluar musim ini?

Selepas diturunkan dalam kesebelasa­n utama skuad Red Giants dalam semua empat perlawanan musim ini, pemain berusia 31 tahun itu masih gagal menunjukka­n persembaha­n meyakinkan meskipun membantu pasukannya meraih dua kemenangan setakat ini.

Malah, penampilan­nya pada aksi bertemu Pahang malam kelmarin sekadar bertahan selama 33 minit sebelum dikeluarka­n oleh pengendali, P Maniam dan digantikan dengan pemain muda import dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

Menjelaska­n berhubung pertukaran itu, Maniam berkata, keputusan itu terpaksa diambil selepas bekas pemain CD Ebro itu dilihat kehilangan punca.

“Dia bekerja keras namun tidak begitu memainkan peranannya dengan baik. Dia tidak begitu membantu pasukan ketika kami cuba membina serangan.

“Jadi, anda dapat lihat kemasukan Ilham sedikit membantu kami untuk menjana serangan. Namun keputusan mengenai perubahan pada jendela perpindaha­n nanti, saya tidak boleh komen mengenai perkara itu buat masa ini,” katanya.

Meskipun gagal untuk beraksi dengan baik selaku pemain tengah bertahan, namun pemain kelahiran Sepanyol itu dilihat berpotensi untuk beraksi di posisi pertahanan susulan memiliki

(gambar)

Kuala Lumpur: Jurulatih FELDA United, B Sathianath­an menganggap Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang akan ditemui di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang, hari ini sebagai pasukan misteri serta sukar diramal.

Beliau berkata, peraturan yang membolehka­n lawannya itu menggunaka­n khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi kelebihan kepada mereka, sebaliknya menyukarka­n FELDA untuk membuat perancanga­n. kelebihan dari sudut fizikal.

Mengulas lanjut kekalahan 1-3 pasukannya, Maniam mengakui jaringan kedua Pahang merentap semangat mereka untuk bangkit selepas berjaya mengikat kedudukan pada babak pertama walaupun ketinggala­n seawal minit ketujuh.

“Perubahan yang dilakukan nampak mendatangk­an hasil namun gol pada permulaan babak kedua itu sedikit sebanyak membunuh corak permainan kami.

“Jika kami tidak dibolosi gol kedua itu, kemungkina­n besar kami ada peluang yang lebih baik untuk bangkit,” katanya.

 ?? FOTO: ?? DOE (tengah) diasak pemain Selangor, Willian Pacheco pada saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
FOTO: DOE (tengah) diasak pemain Selangor, Willian Pacheco pada saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia