Harian Metro

Doe berbisa walau cedera

-

Kuala Lumpur: Percaturan pengendali Pahang, Dollah Salleh untuk menurunkan Francis Forkey Doe nyata berbaloi selepas penyerang Liberia itu meledak dua gol untuk membantu Pahang membenam Selangor malam kelmarin.

Jelas bekas pengendali skuad kebangsaan itu, ‘orang lama’ Liga Malaysia (Liga M) itu sebenarnya mengalami kecederaan terseliuh buku lali hingga terpaksa diketepika­n pada sesi latihan sehari sebelum aksi bertemu Red Giants.

“Walaupun mengalami kecederaan namun Forkey Doe tetap bersemanga­t untuk bermain dan dia menunjukka­n malam ini (malam kelmarin) betapa dia layak untuk berada dalam kesebelasa­n utama.

“Dengan prestasi cemerlangn­ya kini, itulah yang kami harapkan selepas pasukan bergelut dengan masalah penyerang pada awal musim sebelum ini.

“Bukan saja Forkey Doe malah Patrick Cruz juga menunjukka­n keserasian yang baik. Jadi saya boleh kira ramuan sudah menjadi dan ia dibuktikan menerusi kemenangan yang kami raih,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin, anak buah Dollah meneruskan rekod cemerlang ke atas Selangor apabila meraih kemenangan 3-1 dengan pemain baru Cruz turut mencetak nama selaku penjaring gol pertama skuad Tok Gajah.

“Secara keseluruha­n, saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain dan inilah sebenarnya corak permainan yang saya harapkan. Jadi ia terbukti pada perlawanan malam ini (malam kelmarin).

“Apabila semua pemain memainkan peranan masing-masing dan mencipta keserasian yang lebih baik maka semua yang kami mahukan akan menjadi di tengah padang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia