Harian Metro

PKNP penambah derita City Boys

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: Pemburuan tiga mata penuh yang dicari PKNP FC dalam kempen Liga Super berjaya direalisas­ikan apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Negeri di Batu Kawan, petang semalam.

Ia sekali gus menjadi kemenangan kedua yang dilakar PKNP selepas sekali menang dan tewas dua kali berturut-turut daripada empat perlawanan setakat ini.

Buntu tanpa sebarang jaringan pada babak pertama, PKNP membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan, Ritus Krjauklis pada minit ke-64 yang menanduk masuk sepakan sudut Ezanie Mat Salleh.

Tersentak gol pertama PKNP, pelawat yang tampak bagai hilang arah di awal permainan berjaya mengawal rentak dan menghasilk­an serangan bertali arus ke gawang gol lawan namun gagal mencipta jaringan.

Dakapan kurang kemas penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Effandi untuk mengekang rembatan kencang Irwan Syazmin Wahab yang menerima hantaran cantik Yeon Gi Sung menambah derita buat anak buah Fabio Maciel apabila PKNP menjaringk­an gol kedua pada minit ke-79.

Gol sagu hati Kuala Lumpur diperoleh pada minit ke-81 apabila pemain PKNP, G Gunasegara­n menjaringk­an gol ke gawangnya sendiri yang dikawal Tian Keat See.

Jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim berkata, kemenangan itu cukup bermakna kerana usaha gigih skuad kendaliann­ya akhirnya berhasil walaupun diasak teruk Kuala Lumpur.

“Tiga mata penuh yang dicari akhirnya berjaya melonjak PKNP FC keluar dari zon bahaya dan segala peluang dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia