Harian Metro

Berat hati tinggalkan JDT

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Morais lepas jawatan ketua jurulatih atas faktor kesihatan keluarga

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais membuat keputusan mengejut apabila meninggalk­an juara bertahan Liga Super itu, semalam.

Morais menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers menjelaska­n faktor kesihatan keluarga menjadi punca beliau terpaksa meninggalk­an skuad Harimau Selatan.

“Terima kasih kepada semua kakitangan, pemain dan seluruh struktur sepanjang sembilan bulan kami menghabisk­an bersama dengan begitu banyak pencapaian dan kejuaraan yang dicapai.

“Kepada pembantu jurulatih setia saya, Rui Rodrigues yang menemani saya selama ini, terima kasih. Bersama anda, tugas di sini menjadi lebih mudah.

“Kepada penyokong, terima kasih atas sokongan, ambil berat dan penghormat­an yang sentiasa diberikan setiap hari. Perlawanan demi perlawanan menjadikan kami terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya.

Jurulatih kelahiran Portugal itu mengecap pelbagai kejuaraan membanggak­an bersama JDT musim lalu termasuk menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut selain mencipta sejarah baru kelab selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama.

Sambil mengakui sedih terpaksa meninggalk­an JDT, Morais berkata, beliau akan terus kekal dalam sejarah JDT dan kelab itu akan sentiasa berada di hatinya.

Malah, beliau turut memuji sikap kepimpinan tinggi dimiliki Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi pemacu penting kepada kejayaan JDT.

“Kepada nadi utama dan jantung utama kelab hebat ini, Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail), seorang lelaki muda yang tidak dapat dinafikan bakat, kepintaran dan kepimpinan yang dimiliki serta dilahirkan sebagai juara.”

Morais menggantik­an Benjamin Mora sebagai jurulatih JDT pada Jun 2017.

 ??  ?? MORAIS (kiri) tidak lagi bimbing Harimau Selatan.
MORAIS (kiri) tidak lagi bimbing Harimau Selatan.
 ??  ?? HARIMAU Selatan raih banyak kejayaan di bawah kendalian Morais.
HARIMAU Selatan raih banyak kejayaan di bawah kendalian Morais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia