Harian Metro

Kedah sekat misi Semut Merah

-

Shah Alam: Kedah meranapkan impian PKNS FC untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah musim ini apabila mencatat kemenangan 4-3 dalam aksi yang penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu yang kedua berturut-turut diraih skuad Helang Merah selepas menang tipis 1-0 ke atas pendatang baru Liga Super, PKNP FC pada 11 Februari lalu, sekali gus mengumpul enam mata selepas empat perlawanan.

Kedah yang dilihat lebih banyak menyerang hampir berada di depan pada minit ke-30, namun sepakan percuma menarik Baddrol Bakhtiar sekadar singgah di palang gol.

Hanya seminit selepas itu, PKNS mengejutka­n pelawat apabila Faris Ramli yang bijak membuat larian solo sebelum melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim.

Kedudukan itu bagaimanap­un tidak bertahan lama apabila Liridon Krasniqi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-34 selepas Akhyar Rashid dijatuhkan Qayyum Marjoni Sabil.

PKNS hanya memerlukan seminit selepas bersambung babak kedua apabila rembatan deras Mahali Jasuli berjaya menewaskan Ifwat buat kali kedua.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah cuba bangkit mengatur serangan dan usaha mereka berhasil apabila Krasniqi sekali lagi menyamakan kedudukan selepas rembatanny­a dari dalam kotak penalti gagal diselamatk­an penjaga gol, Shahril Saari pada minit ke-57.

Malah, Kedah berada di depan buat kali pertama pada minit ke-69 apabila pertahanan PKNS, K Reuben tertampan bola hantaran Baddrol ke gawang sendiri.

Tiga minit kemudian, PKNS berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahka­n sepakan penalti oleh pengadil, Amirul Izwan Yaacob, namun sepakan lemah Rafael Ramazotti berjaya diselamatk­an Ifwat.

Ketika perlawanan seakan berkesudah­an dengan keputusan 3-2, Ariff Farhan Md Isa bagaimanap­un menambah gol keempat Kedah pada masa kecede- raan sebelum disusuli ja- ringan ketiga PKNS sumbangan Mahali dua minit kemudian.

 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? KRASNIQI (tengah) diasak pemain PKNS di Stadium Shah Alam, malam tadi.
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI KRASNIQI (tengah) diasak pemain PKNS di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia