Harian Metro

Ambil peluang buat MyKad

-

Marudi: Usaha mengatasi masalah ketiadaan MyKad dan sijil lahir membabitka­n penduduk luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan terus dipergiatk­an.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, masalah itu perlu diselesaik­an segera, malah diatasi sepenuhnya pada masa depan supaya tidak timbul isu.

Menurutnya, di Telang Usan saja sebanyak 14 program mendaftark­an MyKad dan sijil lahir dianjurkan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dalam tempoh lapan tahun.

Sebagai kesinambun­gan, katanya lebih banyak program serupa akan dianjurkan JPN tahun ini di Telang Usan bagi memastikan semua penduduk memiliki dokumen pengenalan diri dalam tempoh terdekat.

“Bagi penduduk di Telang Usan yang belum ada MyKad dan sijil lahir, mereka harus menggunaka­n peluang diberikan JPN untuk mereka.

“Kehadiran rombongan JPN di kawasan luar bandar perlu digunakan sebaik mungkin oleh penduduk kampung yang belum memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya ketika melawat Pusat Perkhidmat­an Luar Bandar di Long Latie, di sini, semalam.

Dennis berkata, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri penduduk di kawasan luar bandar berlaku kerana sikap ibu bapa tidak mengambil berat hal itu.

Katanya, ramai penduduk luar bandar tidak prihatin terhadap hal itu pada peringkat awal dan hanya menyedarin­ya apabila anak meningkat remaja. Namun katanya, sejak JPN giat berkempen mengenai pendaftara­n MyKad dan sijil lahir penduduk di luar bandar, sudah ramai mengambil peluang memohon pendaftara­n dokumen pengenalan diri.

 ??  ??
 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia