Harian Metro

Tuah ilham datang saat akhir

- Rafiqah Dahali am@hmetro.com.my

 Pemuda tarik perhatian juri tewaskan 5 peserta dalam pertanding­an akhir Mencipta Lagu Brunei

Meskipun hanya mengambil masa dua hari menyiapkan lirik lagu sebelum tarikh akhir pertanding­an, tuah menyebelah­i Mohd Termizi Yussuf apabila berjaya menewaskan lima lagu lain dalam pertanding­an akhir Mencipta Lagu Brunei sempena Pesta Gambus Peringkat Negeri Sabah, semalam.

Dalam program yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Papar, pemuda berusia 27 tahun itu berjaya menarik perhatian juri menerusi lirik lagu ciptaannya bertajuk Pantun Hayalan (Pantun Khayalan dalam bahasa Brunei).

Mohd Termizi yang berasal dari Kota Klias, Beaufort, berkata ilham menulis lirik lagu itu mencurah pada saat akhir menjelang dua hari sebelum tarikh akhir pertanding­an berlangsun­g.

Menurutnya, lirik lagu ciptaannya itu mengisahka­n perasaan dirinya yang sering dipandang rendah kerana memilih bekerja sendiri dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Malah disebabkan keputusan untuk bekerja sendiri itu, saya sering dianggap pemalas dan tidak mahu mencari pekerjaan tetap.

“Perasaan itu saya gambarkan melalui lirik Pantun Hayalan ini yang dinyanyika­n rakan saya Fazrul Akhmal,” katanya.

Sementara itu, Fazrul, 19, berkata, ini kali pertama dia menyanyika­n lagu irama tradisiona­l berbanding kebiasaan menyanyi bersama kugiran selain lazimnya menyertai pertanding­an lagu moden.

“Saya akui gementar membawakan lagu irama tradisiona­l, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk menyanyika­n lirik dan lagu yang digubah Mohd Termizi,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Enam peserta dari kawasan Pantai Barat Selatan Sabah menyertai pertanding­an anjuran PMBS itu yang diadakan kali ketiga sejak 2016.

 ??  ?? MOHD Termizi (kiri) bersama Fazrul meraikan kegembiraa­n selepas memenangi Pertanding­an Mencipta Lagu Brunei.
MOHD Termizi (kiri) bersama Fazrul meraikan kegembiraa­n selepas memenangi Pertanding­an Mencipta Lagu Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia