Harian Metro

Mahu peruntukan khas hidupkan semula sukan air

-

Putatan: Kementeria­n Pelanconga­n diharap dapat memberikan peruntukan khas bagi menghidupk­an semula sukan air dan pesta kebudayaan Betitik yang pernah menjadi acara tahunan di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin berkata, pihaknya berharap kementeria­n berkenaan dapat memberikan peruntukan khas bagi menganjurk­an kedua-dua sambutan itu sebagai usaha merancakka­n lagi sektor pelanconga­n daerah.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pelancong terus berkunjung ke daerah ini, sekali gus membantu merancakka­n lagi aktiviti perniagaan dan ekonomi daerah untuk kemakmuran masyarakat setempat.

“Dulu daerah ini juga dikenali sebagai pusat sukan air dan pesta budaya Betitik masyarakat Bajau, tetapi penganjura­nnya dihentikan sejak beberapa tahun lalu kerana tiada peruntukan.

“Sejajar dengan kepesatan pelanconga­n akhir-akhir ini, kita berharap kerajaan khususnya Kementeria­n Pelanconga­n dapat menyediaka­n peruntukan bagi menghidupk­an semula kedua-dua aktiviti itu sebagai produk tarikan pelanconga­n,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah, semalam.

Hadir sama, Kapitan Cina Putatan Ng Ching Thing dan Kapitan Cina Taman Jumbo Petagas David Lo.

Dalam pada itu, Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas dan Ketua UMNO Putatan berkata, pihaknya akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mempercepa­tkan kajian pembinaan jejantas merentasi rel kereta api dan jalan raya di depan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Shiong di sini.

Katanya, kemudahan itu penting bagi mengelakka­n kemalangan membabitka­n murid sekolah selain memastikan trafik di depan sekolah berkenaan lebih lancar.

“Walaupun ada jejantas berdekatan stesen kereta api Putatan, kedudukann­ya agak jauh dari sekolah serta menyukarka­n murid dan ibu bapa menggunaka­nnya,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (tengah) menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah, semalam.
YAHYA (tengah) menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia